Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi Go, telefon pintar Android Go pertama di bawah jenama Redmi yang bakal dijual pada harga US$90 (bersamaan lebih kurang RM369).
Sepertimana yang dijangka pada peranti Android Go, Redmi Go menampilkan spesifikasi yang minimun dan ringkas. Antaranya, kuasa pemprosesan Qualcomm Snapdragon 425 yang diklokkan pada 1.4GHz, RAM 1GB dan hanya 8GB untuk ROM. Mujur ada slot kad mikroSD untuk menyokong storan tambahan seperti foto dan rakaman video.
Telefon pintar ini juga menawarkan paparan HD 5-inci, manakala kamera utamanya menawarkan lensa 8MP dan 5MP untuk kamera hadapan. Ia menggunakan bateri berkapasiti 3000mAh.
Setakat artikel ini ditulis, Xiaomi Malaysia masih belum menyatakan harga dan tarikh keberadaan telefon pintar ini di pasaran Malaysia.
Sumber berita diperoleh dari The Verge