Utama Mobile iOS Apple akan salur Dana bantuan atasi Wabak Coronavirus

Apple akan salur Dana bantuan atasi Wabak Coronavirus

462
0

Apple mengumumkan akan menyalurkan bantuan dana kepada sebahagian badan-badan di China yang kini sedang berusaha mengekang penularan wabak Coronavirus.

Ketua Pengarah Eksekutifnya, Tim Cook dalam satu ciapannya di Twitter telah mengumumkan kesediaan pihak Apple dalam menghulurkan bantuan. Ciapan beliau turut berkesempatan memberi ucap selamat Tahun Baru Cina.

Novel Coronavirus 2019 atau singkatannya “2019-nCov” boleh menyebabkan pesakit yang dijangkiti mengalami masalah pernafasan akut. Simptom yang dialami tidak jauh bezanya dengan simptom wabak SARS dahulu.

Antaranya demam selsema, batuk dan sukar bernafas. Sebagaimana penyakit-penyakit berkaitan selesema yang lain, Novel Coronavirus 2019 boleh berjangkit dari individu ke individu melalui cecair seperti hingus dan air liur.

Menurut CDC, Novel Coronavirus 2019 mula dikesan pada 8 Disember 2019 di Bandaraya Wuhan, Wilayah Hubei, China dan kemudiannya merebak ke kawasan berhampiran dengannya. Di China terdapat 1,300 kes jangkitan dilaporkan yang turut melibatkan 41 kematian

Sumber diperoleh dari Twitter Tim Cook

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.