Utama Mobile Aplikasi Kesemua 51 Perlawanan Euro 2020 akan ditayangkan di Astro Ultra Box dalam...

Kesemua 51 Perlawanan Euro 2020 akan ditayangkan di Astro Ultra Box dalam 4K UHD

1018
0

Astro pernah mengumumkan akan menayangkan seluruh 51 perlawanan bola sepak UEFA Euro 2020 melalui Astro Ultra Box. Pengumuman tersebut dibuat ketika majlis pelancaran Astro Ultra Box yang berlangsung pada November tahun lalu.

Baru-baru ini Astro telah mengumumkan tawaran tayangan kesemua 51 perlawanan Euro 2020 kepada seluruh pelanggan Astro yang melanggan pek Sport sebelum 15 Mei 2020. Tayangan ini turut ditawarkan dalam format UHD 4K dan juga boleh ditonton secara stream melalui aplikasi Astro Go.

Pihak Astro juga memaklumkan bahawa kesemua 51 perlawanan ini akan ditayangkan dalam resolusi 4K dan bukannya pada perlawanan-perlawanan tertentu sahaja.

Bagaimanapun masih belum dapat dipastikan kualiti resolusi berkenaan boleh ditonton pada saluran-saluran sukan sedia ada atau pada satu saluran khusus yang menyediakan paparan UHD.

Mengambil kira faktor jadual perlawanan yang sebahagiannya bertindih, kemungkinan Astro perlu menyediakan beberapa saluran-saluran khusus bersempena kejohanan Euro 2020 ini. Sehubungan itu, dijangkakan pihak Astro akan mengeluarkan pengumuman susulan berkenaan hal ini.

Sumber diperoleh dari Twitter Astro