Utama Mobile Android Android ungguli sistem operasi paling banyak kerentanan 2016

Android ungguli sistem operasi paling banyak kerentanan 2016

939
0

Menurut Common Vulnerabilities and Exposures (CVE), Android merupakan sistem operasi paling banyak kerentanan  pada tahun 2016. Manakala Adobe pula adalah vendor yang paling banyak menghasilkan produk yang berkerentanan.

Dijalankan oleh MITRE Corporation, CVE menyediakan maklumat dan statistik berkenaan ancaman keselamatan siber yang diketahui umum. CVE telah menerbitkan senarai kerentanan ini sejak dari tahun 2002 dan pernah satu ketika dahulu Mac OS adalah sistem operasi yang paling banyak kerentanan. Microsoft juga pernah dianggap sebagai vendor yang paling banyak kerentanan.

Android mengungguli kedudukan senarai dengan mencatatkan 523 kerentanan telah ditemui sepanjang 2016. Berbeza dengan apa yang telah diketemukan pada 2015 yang hanya mencatkan 125 kerentanan. Antara jenis-jenis kerentanan yang direkodkan adalah Denial of Service, Bypass sesuatu, Execute code, Memory Corruption, kecurian maklumat, mendapatkan privilege, Overflow dan suntikan SQL.

Debian Linux menduduki tempat kedua dengan 219 kerentanan, diikuti dengan Ubuntu Linux, 278.

Bagi kerentanan mengikut vendor pula, Adobe mengungguli dengan 1383 kerentanan pada Flash Player, Acrobat Reader, Air SDK dan lain-lain produk keluarannya. Diikuti rapat dengan Microsoft yang mencatatkan kerentanan sebanyak 1325 pada produk-produk seperti Windows 10, Windows 8.1, Windows 7, Internet Explorer, Windows Vista, MS Office dan lain-lain. Manakala Google dan Apple pula, masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Apapun, untuk pengguna biasa terutamanya Android tidak perlu berasa gundah gulana dengan perkhabaran ini. Asalkan tatacara penggunaan sistem operasi yang anda lakukan tidak melibatkan sebarang aktiviti yang meragukan seperti memuat turun aplikasi dari pihak ketiga, anda masih lagi dalam keadaan selamat sejahtera.

Sumber berita diperoleh dari CVE

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.