Pada acara khas di San Francisco malam semalam, AMD telah mempersembahkan maklumat tambahan berhubung pemprosesan Zen Core kepada tetamu jemputannya. Walaupun maklumat berkenaan pemprosesan terbaru ini 40 peratus lebih berkeupayaan dari model yang terdahulu, kali ini syarikat mikro pemproses ini mempertunjukkan bagaimana keupayaan pemprosesan ini berfungsi secara praktikalnya di alam nyata.
Menggunakan sampel kejuruteraan pemprosesan desktop Summit Ridge 8-teras, 16-thread dan digandingkan dengan kad grafik Radeon Fury X, AMD membuktikan bagaimana pemproses ini mampu memberikan prestasi cemerlang untuk permainan berspesifikasi tinggi Deus Ex: Mankind Divided pada resolusi 4K.
Malah, bukan itu sahaja AMD turut menunjukkan bagaimana pemproses ini mampu mengatasi pemproses Intel Core i7-6900K Broadwell-E. Pengujian berkenaan menggunakan perisian Blender sebagai contoh penggunaan. Dari segi spesifikasi, Broadwell E mempunya bilangan teras dan thread yang sama dengan pesaingnya dari AMD.
Secara umumnya, berita ini dapat menunjukkan sejauh mana kualiti yang ditawarkan oleh pemproses Zen Core ini dan dijangkakan ia bakal hadir pada tahun hadapan.
Sumber berita diperoleh dari AMD