Utama Mobile Pengerusi PNB seru Uber, Grab turunkan cas perkhidmatan

Pengerusi PNB seru Uber, Grab turunkan cas perkhidmatan

644
0

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar menggesa Uber dan Grab mempertimbangkan untuk mengurangkan cas perkhidmatan bagi membolehkan para pemandunya meraih lebih pendapatan.

Saranan beliau ini hadir ketika menyampaikan luncheon talk  yang bertajuk “Transforming Nations Through Creativity and Innovation,” bersempena 2016 International Conference on Blue Ocean Strategy (ICBOS) semalam.

Di dalam ucapan berkenaan, beliau turut menceritakan pengalaman beliau memandu sendiri perkhidmatan Uber untuk 11 jam. Ketika itu, beliau berjaya melakukan 17 trip dan menerima bayaran sebanyak RM270. Dari jumlah yang berjaya dikumpulkan, RM50 diperuntukkan untuk membayar Uber sebagai cas perkhidmatan 25 peratus.

Atas sebab itu, beliau menyeru kepada pihak Uber dan Grab agar menurunkan cas perkhidmatan tersebut kerana pada pendapat beliau, cas yang dikenakan tersebut adalah terlalu tinggi.

Walaubagaimanapun, kebanyakan pemandu-pemandu tidak merungut tentang bayaran yang dikenakan oleh Uber dan Grab ini memandangkan para pemandu mendapat kelebihan dari sudut lain pula.

Bagaimanapun, Tan Sri Abdul Wahid Omar mengakui beliau masih lagi mampu membawa pulang untung bersih RM150 hasil dari membawa Uber selama 11 jam itu. Secara purata, pendapatan berkenaan menyamai lebih kurang RM13.60 sejam dan ia lebih baik dari gaji minimum yang diwajibkan di Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.