Asus ZenFone 3 bagi model ZE552KL dan ZE520KL kini boleh didapati di kedai atas talian rasmi ASUS Store. Kedua-dua model telefon pintar ini mula dipertontonkan kepada khalayak di Taipei pada bulan Mei 2016 baru-baru ini.
Model terbaru ZenFone 3 ini menampilkan paparan LCD 5.5-inci HD-Penuh Super IPS, pemproses Snapdragon 625, RAM 3GB, storan dalaman 32GB dengan slot mikro-SD untuk tambahan sehingga 128 GB, kamera belakang 16 megapiksel, kamera depan 8 megapiksel dan labuhan USB Type-C.
Apa yang membezakan di antara kedua-dua model ini, iaitu ZE552KL dan ZE520KL hanyalah pada kapasiti maksimum baterinya sahaja. Bagi ZE552KL, kapasiti bateri yang ditawarkan adalah 3000mAh. Manakala untuk ZE520KL pula, kapasitinya adalah 2650mAh sahaja.
Harga jualan bagi Asus ZenFone 3 ZE552KL termasuk GST adalah RM 1,699 dan bagi Asus ZenFone 3 ZE520KL pula, harga jualannya termasuk GST adalah RM 1,499.
Spesifikasi ASUS ZenFone 3 (ZE552KL)
- Paparan 5.5” FHD Super IPS+ : Kecerahan 600 nits
- Kaca kontur 2.5D Corning Gorilla Glass
- 4 GB RAM + Storan 64 GB ROM
- Pemproses Qualcomm Octa-core 14nm Snapdragon 625, 2.0Ghz
- Kamera depan 8MP PixelMaster, apertur f/2.0
- Kamera belakang 16MP PixelMaster (Sony IMX318), apertur f/2.0
- Menyokong rakaman dengan 4K dengan 3-paksi EIS untuk bebas gegaran
- 5 speaker magnet untuk lebih 40% prestasi audio yang lebih baik
- Bateri 3000 mAh
- Harga RM 1,699 (termasuk GST)
Spesifikasi ASUS ZenFone 3 (ZE520KL)
- Paparan 5.5” FHD Super IPS+ : Kecerahan 600 nits
- Kaca kontur 2.5D Corning Gorilla Glass
- 4 GB RAM + Storan 64 GB ROM
- Pemproses Qualcomm Octa-core 14nm Snapdragon 625, 2.0Ghz
- Kamera depan 8MP PixelMaster, apertur f/2.0
- Kamera belakang 16MP PixelMaster (Sony IMX318), apertur f/2.0
- Menyokong rakaman dengan 4K dengan 3-paksi EIS untuk bebas gegaran
- 5 speaker magnet untuk lebih 40% prestasi audio yang lebih baik
- Bateri 2650 mAh
- Harga RM 1,499 termasuk GST
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan model ini, layari http://store.asus.com/my/category/B7122
rasanya berbaloi ke?
Boleh la dengan harga tu sebab kamera depan dengan kamera belakang dia cantik bila shoot.