Utama Perkakasan AMD Indeks dari AMD sahkan kehadiran GPU Mudah Alih Radeon RX 6500M, RX...

Indeks dari AMD sahkan kehadiran GPU Mudah Alih Radeon RX 6500M, RX 6300M

Kedua-dua GPU berkenaan berasaskan pada Navi 24

497
0

Kewujudan GPU mudah alih AMD Radeon peringkat pemula yang akan datang telah dilaporkan diketemukan menerusi laman indeks AMD. Berdasarkan sumber, AMD dilaporkan sedang merancang untuk melancarkan empat buah SKU iaitu Radeon RX 6500M, RX 6300M, PRO W6500M, dan PRO W6300M.

Perincian mengenai maklumat ini telah diketemukan di halaman indeks rasmi AMD Radeon Driver oleh laman Coelacanth’s Dream. Sungguhpun produk berkenaan masih lagi belum diumumkan secara rasminya, maklumat yang ditiriskan ini juga selari dengan maklumat berkenaan GPU desktop Radeon RX 6500XT dan RX6400.

Senarai di dalam indeks dari AMD tersebut juga tidak memberikan perincian tertentu. Desas-desus mengatakan GPU mudah alih ini berkemungkinan berasaskan AMD Navi 24, sejenis varian GPU RDNA 2 berkuasa rendah dari AMD.

Terdapat juga khabar yang menjangkakan AMD mungkin merancang untuk memperkenalkannya di dalam acara CES 2022 kelak. AMD juga dijangkakan akan mengumumkan CPU Ryzen 6000 generasi baharu yang menggunakan kod nama “Rembrandt”.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.