Utama Perkakasan AMD AMD dan MediaTek dilapor akan menjalin hubungan usaha sama

AMD dan MediaTek dilapor akan menjalin hubungan usaha sama

116
0

AMD dan MediaTek sedang mempertimbang untuk mewujudkan hubungan usaha sama, menurut laporan dari DigiTimes. Usaha sama ini dilihat bakal memperluaskan penguasaan AMD di dalam pasaran mudah alih.

Laporan ini jika dapat dipastikan kesahihannya dijangka membolehkan kecekapan teras CPU MediaTek dapat memanfaatkan struktur grafik AMD RDNA2.

Dalam pada masa yang sama, Samsung juga buah masa ini sedang di dalam peringkat membangunkan teknologi RDNA ke dalam cip Exynos generasi berikutnya.

Pembangunan ini seterusnya dijangka mengorak teknologi cip mudah alih lain seperti rangkaian 5G, Wi-FI dan modem bagi pemindahan data yang lebih besar.

AMD dan MediaTek sebelum ini pernah bekerjasama mengahsilkan cip modaliti rangkaian WiFi, RZ608. Berdasarkan laporan, cip WiFi AMD berkenaan telah dinamakan semula sebagai MediaTek MT7921K.

Selain MediaTek, Qualcomm juga pernah bekerjasama dengan AMD sebelum ini. Antaranya melibatkan produk-produk yang memanfaatkan modem Gigabit LTE Snapdragon pada platform Ryzen Mobility.

AMD dijadualkan akan memperkenalkan teknologi grafik pada peranti mudah alih buat pertama kalinya pada suku pertama 2022.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.