Utama Perkakasan MediaTek Samsung Galaxy Tab S10 dijangka akan dilancarkan pada Oktober ini; Diramalkan akan...

Samsung Galaxy Tab S10 dijangka akan dilancarkan pada Oktober ini; Diramalkan akan guna Pemprosesan MediaTek

101
0

Beberapa hari lalu, terdapat desas-desus yang mengatakan Samsung mungkin akan melengkapkan beberapa model Galaxy Tab S10 keluaran akan datang dengan pemprosesan MediaTek. Namun, berdasarkan perkembangan terkini dijangkakan Samsung akan melengkapkan semua tablet mercu berkenaan dengan MediaTek.

Sebelum ini dijangkakan beberapa model Galaxy Tab S10 akan mneggunakan cip MediaTek Dimensity. Namun, pentiris maklumat yang diyakini Ice Universe melaporkan kesemua model Galaxy Tab S10 akan menampilkan cip MediaTek. Tablet-tablet berkenaan juga dikhabarkan akan dilancarkan pada Oktober ini.

Jika maklumat ini tepat, ia merupakan langkah berani tetapi wajar dari Samsung memandangkan harga pemprosesan mercu Qualcomm mencanak naik dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Ia juga menjadi kali pertama sejak tujuh tahun tablet Galaxy mercu menampilkan pemprosesan bukan dari Qualcomm.

Mungkin semua Galaxy Tab S10 guna MediaTek Dimensity 9300+?

Gambar sekadar hiasan, Galaxy Tab S9

Galaxy Tab S10+ varian Amerika Syarikat beberapa hari yang lepas telah diketemukan di dalam pangkalan data Geekbench. Ia menunjukkan peranti tersebut dilengkapkan dengan pemprosesan MediaTek Dimensity 9300+, cip paling mercu generasi terkini keluaran MediaTek.

Pemprosesan MediaTek Dimensity 9300+ merupakan cip 4nm yang menampilkan lapan teras CPU berprestasi tinggi dan satu GPU yang amat tinggi kuasanya. Ia mempunyai satu teras CPU Cortex-X4 berkuasa 3.4GHz, tiga teras CPU Cortex-X4 berkuasa 2.85GHz dan empat teras CPU Cortex-A720 berkuasa 2GHz.

CPU ARM Immortalis-G720 MC12 yang dilengkapkan padanya boleh memacu skrin 4K pada 120Hz dan permainan HDR. Ujian telah menunjukkan GPU ini lebih berkuasa dari yang jenis yang terdapat di dalam pemprosesan Snapdragon 8 Gen 3. Pemprosesan ini juga bersesuaian dengan DRAM LPDDR5X/LPDDR5T dan storan UFS 4.0.

Cip berkenaan juga menampilkan sokongan ketersambungan 5G mmWave dan sub-6Ghz, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, NFC, dan port USB Type-C. Ia mempunyai GPS tri-jalur, BDS kuad-jalur, Galileo tri-jalur, QZSS dwi-jalur, GLONASS dan NavIC. Pemprosesan isyarat imej (ISP) Dimensity 9300+ menyokong sensor kamera sehingga 320MP dan mampu merakam video sehingga 8K pada 30fps dan 4K pada 60fps.

Melalui ciri-ciri yang dinyatakan pada pemprosesan tersebut, siri Galaxy Tab S10 dijangka mampu menjadi peranti permainan mudah alih dan produktiviti berkuasa tinggi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.