KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2024 – Infinix, jenama teknologi trendy untuk golongan muda, dengan bangga mengumumkan pelancaran Kejohanan e-Sukan Infinix Musim Ke-3, yang dianjurkan bersama dengan Honor of Kings (HOK) dan MediaTek. Kejohanan ini mengukuhkan penglibatan Infinix yang semakin berkembang dalam arena e-sukan Malaysia, menyediakan platform untuk bakat peringkat universiti bangkit dan bersaing merebut hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000.
Dikuasakan oleh Infinix GT 20 Pro, kejohanan ini akan bermula dengan pusingan kelayakan dalam talian dari 18 hingga 21 November 2024. Kelayakan ini akan disiarkan secara langsung di laman TikTok dan Facebook rasmi Infinix dan Honor of Kings. Pusingan Akhir yang mendebarkan dijadualkan pada 17 Disember 2024, di mana pasukan universiti terbaik Malaysia akan berentap merebut gelaran Juara Kejohanan e-Sukan Infinix Musim Ke-3.
Infinix GT 20 Pro, sebuah peranti Dual-Chip Gaming yang hebat, dikuasakan oleh Pemproses Dimensity 8200 Ultimate 4nm 5G dan dilengkapi dengan Cip Paparan Permainan Pixelworks X5 Turbo. Direka untuk keunggulan permainan, ia memastikan permainan lancar tanpa lag walaupun dalam perlawanan e-sukan yang kompetitif. Paparan kadar segarannya yang tinggi dan hayat bateri yang panjang menjadikannya pilihan utama bagi peminat permainan, memberikan pengalaman bermain yang lancar dan mengasyikkan pada setiap peringkat.
“Kami teruja untuk membawa semula Kejohanan e-Ssukan Infinix dengan GT 20 Pro sebagai teraju utama. Sambutan terhadap GT 20 Pro amat memberangsangkan, dan kami tidak sabar melihat prestasi permainannya meningkatkan daya saing musim ini. e-Ssukan bukan sekadar permainan; ia adalah platform untuk pemberdayaan belia, membina kemahiran dalam kerjasama, pemikiran strategik, dan kepimpinan. Dengan kerjasama berterusan kami dengan kelab e-sukan universiti, kami berharap dapat menginspirasi lebih banyak bakat muda di Malaysia untuk mencapai tahap baru dalam e-sukan,” kata Wai Kiat Hong, Pengarah Pemasaran Infinix Malaysia.
“Malaysia telah membuktikan dirinya sebagai pusat utama e-sukan, seperti yang dibuktikan oleh kemenangan Kejohanan HOK 2024 baru-baru ini oleh Black Shrew Esports. Kerjasama dengan Infinix mewakili komitmen bersama kami untuk memberdayakan generasi bakat baru mencapai impian mereka,” kata Eugene Chin, Pengurus Negara Level Infinite Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, Infinix baru-baru ini menubuhkan makmal penyelidikan permainan canggih bersama Honor of Kings dan MediaTek. Kolaborasi ini bertujuan untuk memacu inovasi dalam teknologi permainan mudah alih, mengoptimumkan prestasi permainan, dan meneroka inovasi permainan yang dikuasakan oleh AI untuk pemain di pasaran telefon pintar yang sedang berkembang.
Kelab-Kelab e-Sukan Universiti Menerajui Usahasama
Musim ini, lapan kelab esukan universiti ternama di seluruh Malaysia berganding bahu dengan Infinix untuk menganjurkan kejohanan mini dan memilih pasukan terbaik mereka untuk mewakili institusi masing-masing. Setiap kelab universiti akan menghantar dua pasukan, dengan sejumlah 16 pasukan bersaing dalam pusingan kelayakan dalam talian. Empat pasukan terbaik akan melangkah ke pusingan akhir untuk merebut gelaran juara.
Kelab e-sukan universiti yang mengambil bahagian termasuk:
BIL. | UNIVERSITI | KELAB ESUKAN |
1 | Management & Science University (MSU) Shah Alam | MSU Esports Club |
2 | Universiti Sains Malaysia (USM) | USM Esports Club |
3 | International Islamic University Malaysia | IIUM Esports Club |
4 | Universiti Teknologi MARA (UiTM) | Kelab Esport UiTM Shah Alam |
5 | University Kuala Lumpur Business School | Beast Esports Club |
6 | Asia Pacific University (APU) | APU Esport Club |
7 | Multimedia University (MMU) Cyberjaya | MMU eSports |
8 | Universiti Tun Abdul Razak | URniverse Esport Club |
Memperkasakan Masa Depan e-Sukan Malaysia
Kejohanan e-Ssukan Infinix Musim Ke-3 bukan sekadar pertandingan—ia adalah komitmen terhadap masa depan esukan Malaysia. Melalui kerjasama dengan kelab esukan universiti, Infinix berhasrat untuk membina ekosistem permainan yang menyokong di mana bakat baharu dapat berkembang dan bersinar. Musim ini bukan sahaja menawarkan perlawanan yang mendebarkan untuk peminat dan pemain tetapi juga membawa esukan ke barisan hadapan inovasi permainan mudah alih, dengan GT 20 Pro berfungsi sebagai alat permainan utama.
Peminat Honor of Kings, peminat e-sukan, dan pemain aspirasi boleh menjangkakan perlawanan yang mengasyikkan, strategi, dan kerjasama dengan menonton siaran langsung untuk pusingan kelayakan dalam talian di laman TikTok dan Facebook rasmi Infinix serta TikTok dan Facebook rasmi Honor of Kings.
Dapatkan Infinix GT 20 Pro sekarang pada harga RM1,299 dalam warna Mecha Blue, Mecha Orange, dan Mecha Silver, dengan konfigurasi memori 12+256GB di Kedai Rasmi Infinix seperti Lazada, Shopee, TikTok Shop, atau melalui pengedar sah Infinix.
Ikuti perkembangan terkini mengenai Kejohanan e-Sukan Infinix Musim Ke-3 melalui laman web rasmi Infinix, halaman Facebook, Instagram, dan saluran TikTok, dan saksikan masa depan e-sukan Malaysia beraksi.