Utama Telco Astro Alami Gemerlapan dan Glamor Oscar Ke-96 Eksklusif di Astro

Alami Gemerlapan dan Glamor Oscar Ke-96 Eksklusif di Astro

259
0

KUALA LUMPUR, 8 MAC 2024 – Tanggal 11 Mac ini, para pelanggan Astro berpeluang untuk menikmati akses eksklusif barisan hadapan ke majlis paling berprestij dalam industri filem, Anugerah Akademi ke-96 (Oscars).

Siaran langsung rancangan utama bermula sejurus jam 7.00 pagi, dimulakan dengan liputan permaidani merah eksklusif bermula jam 6.30 pagi. Semuanya dapat ditonton menerusi Astro SHOWCASE (CH 413) dan Astro GO. Acara tersebut akan diadakan di Teater Dolby di Hollywood, Los Angeles.

Kembali ke pentas Oscar untuk kali keempat sebagai hos ialah bintang larut malam, Jimmy Kimmel, yang akan mengisi acara tersebut dengan gelak tawa, kejutan dan detik yang tidak dapat dilupakan. Menambahkan keterujaan, penonton Malaysia kelak dapat menyaksikan Tan Sri Michelle Yeoh, penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada majlis Oscar sebelum ini, sebagai salah seorang penyampai yang disegani di Oscar ke- 96.

Bagi pelanggan yang ingin melibatkan diri dalam musim anugerah dengan menstrim filem-filem popular OSCARS ke -96, anda berpeluang untuk menikmati filem-filem berikut:

  • Barbie (8 Pencalonan) melalui On Demand
  • The Color Purple (1 Pencalonan) melalui On Demand
  • Oppenheimer (13 Pencalonan) melalui Astro First
  • Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (1 Pencalonan) melalui Astro First

Selain itu, pelanggan boleh menonton filem dan rancangan yang dicalonkan ini daripada rakan kongsi penstriman kami seperti:

  • Spiderman-Man: Across the Spider-Verse (1 Pencalonan) di Netflix
  • Maestro (7 Pencalonan) di Netflix
  • NYAD (2 Pencalonan) di Netflix
  • The Creator (2 Pencalonan) di Disney+ Hotstar

Bagi mereka yang terlepas siaran LIVE pada waktu pagi, jangan risau kerana akan ada siaran encore pada hari yang sama pada jam 7.30 malam untuk permaidani merah dan 8.00 malam untuk rancangan anugerah di Astro SHOWCASE (CH 413) dan Astro GO. Astro SHOWCASE boleh didapati dalam Pek Filem, dan pelanggan Astro baharu boleh melanggan Pek Filem dan menikmati potongan 30% pada hanya RM66.49/bulan*. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my .

*Promosi diskaun 30% layak untuk pelanggan yang mendaftar dengan auto-debit sahaja. Tertakluk terma dan syarat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.