HONOR akan melancarkan siri HONOR 600 di Malaysia tidak lama lagi. Salah satu ciri yang paling menonjol dalam peranti ini ialah sokongan AI Image to Video 2.0. Peningkatan besar berbanding versi terdahulu yang diperkenalkan bersama siri HONOR 400.

Apakah AI Image to Video 2.0?

Tidak seperti versi pertamanya, AI Image to Video 2.0 membawa kawalan kreatif yang jauh lebih luas kepada pengguna. Ciri ini membolehkan anda memuatkan sehingga tiga foto statik sekaligus dan memasukkan prompt teks anda sendiri bagi menghasilkan klip video berdurasi tiga atau lima saat dengan hasil yang lebih tepat dan diperibadikan.

Sebelum ini, versi 1.0 hanya menyokong satu foto tanpa sebarang kawalan ke atas output akhir.

Cara Menggunakannya

AI Image to Video 2.0 boleh diakses terus melalui tab “Create” dalam galeri imej HONOR 600 Pro. Pengguna disajikan dengan 19 templat yang telah dilengkapi prompt tersedia, merangkumi pelbagai senario kreatif yang unik dan pelbagai.

Sekiranya templat sedia ada tidak memenuhi citarasa anda, anda boleh menulis prompt sendiri untuk mendapatkan hasil yang lebih spesifik.

Templat dan Kegunaan Kreatif

Terdapat pelbagai pilihan templat yang menarik untuk diterokai oleh pengguna:

  • Transisi pakaian – Jana animasi pertukaran antara dua pakaian berbeza pada seseorang
  • Lakaran kepada 3D – Hidupkan lakaran statik menjadi klip tiga dimensi yang menakjubkan
  • Diri muda vs tua – Gabungkan foto seseorang semasa muda dan tua dalam satu transisi yang bermakna
  • Pelukan kenangan – Ciri yang paling mengharukan; gabungkan imej dua individu dalam satu pelukan, sesuai untuk menghidupkan kenangan bersama si tersayang atau waris yang telah tiada
  • Watak kartun & manusia – Jadikan watak animasi dan manusia nyata dalam satu bingkai
  • Haiwan peliharaan beraksi – Animasikan haiwan kesayangan anda melakukan aktiviti manusia seperti membuat panggilan telefon

Untuk Pencipta Kandungan

HONOR 600 Pro juga memenuhi keperluan content creator dengan menawarkan templat profesional yang kreatif:

  • Bullet time effect – Hasilkan efek masa terhenti dari satu tangkapan foto
  • Dolly zoom effect – Efek ala filem Inception yang memukau
  • Drone pullback effect – Simulasi tangkapan dari udara dengan visual sinematik

Kesemua ini boleh diakses dengan mudah melalui butang AI yang terdapat pada peranti HONOR 600 series, memastikan pengalaman yang lancar tanpa perlu keluar dari aplikasi.

Pada masa ini, pengguna dihadkan kepada 10 janaan sehari. Perlu diambil perhatian juga bahawa terdapat sistem DRM yang aktif, dan penggunaan imej berhak cipta mungkin memberikan hasil yang tidak konsisten.

Sejak pelancaran ciri generasi pertama bersama siri HONOR 400, pengguna telah menjana lebih 13.4 juta saat video AI, bersamaan 155 hari tontonan tanpa henti.

Siri HONOR 600 dijangka dilancarkan secara rasmi di Malaysia, menjadikan Malaysia antara negara terawal di dunia menerima peranti ini. Kedua-dua model iaitu HONOR 600 dan HONOR 600 Pro akan turut dilengkapkan dengan ciri AI Image to Video 2.0 yang sama

Tinggalkan komentar