Utama Mobile 5G boleh beri kesan negatif ramalan cuaca sehingga 30 peratus

5G boleh beri kesan negatif ramalan cuaca sehingga 30 peratus

1396
0
Weather satellite in Earth orbit

Walaupun ramai yang teruja dengan teknologi 5G, sebilangan pakar bimbangkan kesan buruk teknologi komunikasi tersebut. Antara yang dibimbangkan adalah penggunaan 5G akan mengurangkan ketepatan ramalan cuaca sehingga 30 peratus, termasuk ramalan cuaca ekstrem seperti taufan.

FCC (Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan, Amerika Syarikat) mula membuka jalur 24GHz yang diperlukan untuk perkhidmatan 5G di Amerika Syarikat sejak dari 2018. Kumpulan pakar bekenaan menyuarakan kebimbangan kerana spektrum tesebut terlalu dekat, dan boleh mengganggu jalur 23.8 GHz yang dikhususkan untuk peralatan khas mengumpul data cuaca.

“Gangguan gelombang tesebut boleh mengakibatkan kira-kira 77% kehilangan data dari pemancar gelombang mikro pasif kami”, ujar
Dr. Neil Jacobs, pemangku Pengerusi Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA) Amerika Syarikat.

Senator Demokrat Ron Wyden dari Oregon dan Maria Cantwell dari Washington telah menulis sepucuk surat bantahan rasmi kepada FCC, mendesak suruhanjaya berkenaan memberhentikan penggunaan jalur 24GHz oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.

Sumber berita diperoleh Digital Trends

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.