Utama Komputer Kerajaan Korea Selatan rancang ganti Windows 7 dengan Linux, bukan dengan Windows...

Kerajaan Korea Selatan rancang ganti Windows 7 dengan Linux, bukan dengan Windows 10

1130
0

Memandangkan sokongan untuk Windows 7 akan berakhir pada Januari 2020, lebih banyak organisasi dan agensi kerajaan di seluruh dunia diramal akan memulakan proses peralihan ke Windows 10 dalam tempoh beberapa bulan yang terdekat ini.

Bagaimanapun, kerajaan Korea Selatan kini sedang mempertimbangkan untuk tidak lagi menjadikan Windows sebagai pilihan. Sebaliknya, pihak kerajaan sedang mempersiapkan ke arah persekitaran Linux.

Menurut The Korea Herald, langkah ini dilakukan bertujuan untuk mengurangkan kos terutamanya dari segi perlesenan. Sebahagian besar agihan (distro) sistem operasi Linux boleh digunakan secara percuma tanpa bayaran.

Walaupun jenis distro Linux yang bakal digunakan masih belum diumumkan, penghijrahan ke persekitaran sumber terbuka ini dapat memanfaatkan audit keselamatan untuk membantu pihak kerajaan menentukan tahap pelindungan dan keselamatan data yang terlibat.

Tempoh Hayat Windows 7 tamat Januari 2020

Pihak kerajaan Korea Selatan telah memperuntukkan sejumlah $655 juta bagi melaksanakan kerja-kerja peralihan ke sistem Linux, dan juga perolehan unit-unit komputer baru.

Walaubagaimanapun, pelaksanaannya akan dijalankan secara berperingkat, bermula dengan peringkat pengujian. Pihak kerajaan Korea Selatan juga mahu memastikan sistem dalaman mereka boleh dijalankan di dalam Linux. Hal ini menjadi keutamaan kerana sebahagian sistem-sistem ini pada asalnya dibangunkan mengikut spesifikasi Windows.

Sama ada kerajaan Korea Selatan beralih ke Linux atau tidak masih lagi menjadi tanda tanya. Namun, perkembangan ini pastinya bukan berita baik buat Microsoft. Peralihan kepada Linux adalah bukti menamatkan sokongan Windows 7, tidak menjamin pengguna akan beralih ke Windows 10. Sebaliknya, ia mungkin menjadi titik tolak pengguna untuk menjauhi persekitaran Windows.

Sumber berita diperoleh The Korean Herald

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.