Utama Teknologi Orang Pandai Bodoh

Orang Pandai Bodoh

2083
20
Kesilapan orang-orang yang pandai adalah menganggap orang lain bodoh. Aku tak pasti siapa asalnya yang mengungkapkan ayat tersebut. Cuma, aku ketahuinya dari fan page Ustaz Azhar Idrus.
Terdapat dikalangan kenalan-kenalan aku yang memiliki kelayakan akademik yang tinggi tetapi pada masa yang sama juga berhidung tinggi. Mereka beranggapan ilmu itu hanya boleh disukat dengan kertas yang diperakukan oleh institut pengajian tinggi. Ilmu yang diperoleh dari pengalaman pula dianggap belum selayaknya digelar ilmu.
Proses bertukar-tukar pandangan sewaktu perbincangan juga menjadi sukar tatkala menganggap hanya pendapat dia sahaja yang betul. Pandangan orang-orang lain yang berpengalaman tetapi kurang pelajaran, ditolak tepi.
Pada aku, setiap insan dikurniakan kebolehan yang berbeza-beza. Ada yang dilebihkan pada sesuatu perkara dan dikurangkan pula pada segi yang lain. Malah, ada pula yang kekurangan ilmu terhadap sesuatu perkara tetapi ditutupi pula oleh kelebihan bakatnya yang lain.
Nasihat aku, jika berhijrah ke tempat yang baru; jangan sombong. Tak akan rugi jika kita merendah diri dan sudi berkongsi ilmu. Rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk. Berbuat baik terhadap insan lain juga adalah rezeki.
Pesanan ini ditujukan kepada diri aku sendiri supaya aku tidak ulangi sikap sombong aku dahulu.

20 KOMEN

  1. Alangkah ruginya menjadi org dah pandai tapi menganggap dialah yg paling pandai. Biar bodoh tapi kalau tak sombong dia akan berterusan utk belajar dan boleh menjadi lebih pandai..

  2. bagi aku mereka yang berilmu tinggi adalah orang yang mendengar pendapat orang lain dengan teliti. masa dia dengar tu, orang lain tengok dia memang ingat dia bodoh tahap piang la. orang lain cakap dia dengar dengan bersungguh-sungguh, macam itu baru first time dia dengar.

    tapi bila dia balas pendapat balik, wah ilmu dia sangat tinggi oke. tapi dia maintain aje macam padi. orang macam tu memang aku respek.

  3. betul tu..tidak ae manusia yang mampu mengetahui semua ilmu yang ada dalam dunia ini..we may at our best at some point, tapi mesti ada benda yang kita tidak pasti. aku suka kalau orang yang boleh bertukar2 ilmu secara terbuka ini..

    Regards,
    -Strider-

  4. Budak2 yang baru grad, dapat pulak jawatan tinggi dalam sektor awam/swasta, memang bongkak nak mampus. Anggap diri lebih bagus dan pandai daripada orang lain. Tak salah merendah diri. Semua orang suka.

  5. ya ada juga yang begitu tapi kita ia sahaja kalau kata kita tak setuju mereka bangkang.itu sahaja boleh buat kalau tak dia kata kita tak hormat dia padahal mereka boleh sahaja berfikir seperti kita..mereka memang sengaja

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.