Utama Teknologi Peralatan Rumah PRISM+ perkenalkan Penyaman Udara Pintar Luna; Harga dari RM999

PRISM+ perkenalkan Penyaman Udara Pintar Luna; Harga dari RM999

71
0

PRISM+ pada tahun lalu telah mengumumkan akan memperluaskan produk kediaman pintarnya ke pasaran Malaysia. Kini, PRISM+ telah memperkenalkan penyaman udara pintar baharu yang dinamakan sebagai Luna dengan rekaan eksklusif untuk pasaran tempatan.

Luna didatangkan dengan keupayaan pintar yang membolehkan anda menggunakan telefon pintar anda sebagai alat kawalan jauh kedua. Anda juga boleh menggunakan aplikasi Connect bagi mendapatkan akses kawalan jauh dan menetapkan rutin menghidup dan mematikan penyaman udara serta tetapan-tetapan lain mengikut kesesuaian.

Terdapat juga ciri geobatas (geofencing) yang boleh digunakan untuk mengaktifkan rutin apabila anda berada di dalam jarak yang telah ditetapkan dari peralatan tersebut.

Aplikasi ini juga memberikan pemahaman penggunaan penyaman udara Luna di kediaman anda dan boleh membolehkan anda mengeksport tetapan berkenaan ke sebilangan peranti lain. Bagaimanapun, Luna tidak tersuai dengan Google Home atau Apple HomeKit.

PRISM+ juga menyediakan pasukan penyelenggaraannya sendiri untuk penyaman udara dan anda boleh mentapkan jadual temujanji penyelenggaraan melalui telefon pintar anda. Perkhidmatanan ini hanya ditawarkan di Lembah Klang buat masa ini dan sedang merancang untuk memperluaskan ke bandar-bandar utama di masa hadapan.

Dalam pada masa yang sama, PRISM+ juga melancarkan penapis udara pintar baharu yang dikenali sebagai Aura. Ia mempunyai semua ciri-ciri pintar yang sama apabila dihubungkan dengan aplikasi Connect dan dilengkapkan dengan penapis HEPA H13 serta penderia infra merah bagi memantau kualiti udara dalam masa nyata.

Harga PRISM+ Luna dan PRISM+ Aura di Malaysia

Penyaman udara pintar Luna dijual pada harga RM999 untuk model 1.0HP dan RM1,299 untuk model 1.5HP. Anda juga boleh mendapatkannya pada harga masing-masing RM799 dan RM1,099 melalui promosi pembelian terawal.

Untuk penapis udara Aura pula, ia dijual pada harga RM429 untuk model berwarna putih dan RM449 untuk model berwarna kelabu. Sama seperti penyaman udara tadi, anda juga boleh mendapatkannya pada harga promosi pembelian terawal masing-masing RM379 dan RM399.

Kedua-dua peralatan elektrik di rumah ini boleh dipra-tempah menerusi laman web rasminya bermula dari 1 Mei. Anda juga boleh membuat pra-tempahan di Lazada dan Shopee bermula dari 15 Mei ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.