Utama Komputer Intel Lenovo lancarkan PC Laptop 5G Pertama, dilengkapi Qualcomm Snapdragon 8cx

Lenovo lancarkan PC Laptop 5G Pertama, dilengkapi Qualcomm Snapdragon 8cx

623
0

Qualcomm dan Lenovo mendedahkan PC laptop pertama yang berasaskan platform Snapdragon 8cx. Dikenali sebagai “Project Limitless”, laptop terbaru ini merupakan yang pertama memiliki modem 5G.

Sebelum ini, laptop-laptop ARM yang menggunakan cipset Snapdragon dilengkapkan dengan modem 4G. Laptop yang dilengkapkan dengan talian selular mempunyai kelebihan untuk terus berada dalam talian internet tanpa perlu bergantung dengan rangkaian Wi-Fi semata-mata.

Lenovo bagaimanapun tidak mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai PC laptop terbarunya yang menggunakan cipset Snapdragon setakat ini. Namun, dijangkakan spesifikasi penuhnya mungkin diumumkan sekitar majlis Computex 2019 yang berlangsung sepanjang minggu ini.

Laptop-laptop Windows on Snapdragon (WoS) yang menggunakan Snapdragon 835 dan 850 pada tahun lalu menerima maklum balas yang bercampur aduk dari penggunanya. Sesetengah pengguna mungkin menyukainya kerana tempoh penggunaan baterinya yang amat panjang. Manakala sebahagian pengguna pula tidak berpuas hati dengan prestasi keseluruhan laptop yang menggunakan cipset Snapdragon berkenaan. Diharapkan pihak Qualcomm dapat mengatasi masalah kuasa cip pemprosesannya melalui Snapdragon 8cx ini.

Beberapa nama besar di dalam industri aplikasi turut dilaporkan membuat persediaan untuk sistem-sistem berasaskan ARM. Laptop yang hadir dengan Windows 10 S Mode ini juga dikatakan mampu menjalankan semua jenis aplikasi di dalam Windows Store.

Cuma, masalahnya aplikasi-aplikasi di dalam Windows Store bukanlah penawaran terbaik yang boleh diberikan Microsoft kepada para penggunanya.

Sumber berita diperoleh dari Windows Central

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.