Utama Mobile Android Google hentikan sokongan Android untuk Huawei

Google hentikan sokongan Android untuk Huawei

1494
2

Huawei sebelum ini berhadapan masalah serius berikutan sekatan secara de facto oleh pentadbiran Trump. Namun, perkembangan terkini nampaknya semakin buruk.

Menurut Reuters, Google baru-baru ini dilaporkan telah berhenti berurusan dengan Huawei termasuk hal-hal berkaitan perolehan perkakasan dan perisian proprietari, seterusnya menggugat hampir keseluruhan perniagaan telefon pintarnya di luar China.

Perkembangan ini turut mengakibatkan kehilangan akses untuk mengemaskini sistem operasi Android di masa depan. Berdasarkan sumber, telefon pintar keluaran akan datang hadir tanpa aplikasi rasmi seperti Google Play Store dan Gmail.

Setakat ini, pihak Huawei masih lagi “membincangkan perkara ini secara dalaman” untuk menentukan jenis perkhidmatan apa yang perlu dikekalkan. Walau apa jua keputusannya nanti, Google tetap menamatkan semua sokongan dan kerjasama teknologi berkaitan Android dan perkhidmatannya di masa hadapan.

Walaupun hal ini tidak memberi kesan terhadap pasarannya di China. kerana akses ke aplikasi Google sememangnya disekat di negara berkenaan. Ia masih lagi bergantung harap pada akses ke aplikasi-aplikasi Google untuk kekal berdaya saing seperti mana telefon pintar Pro P30.

Selama mana Huawei disenarai hitam oleh Amerika Syarikat berterusan, Huawei mungkin perlu bergantung pada aplikasi dan perkhidmatan pihak ketiga bagi membolehkan telefon pintar keluarannya berfungsi sepenuhnya. Namun, perubahan ini tidak menjamin bakal disambut baik oleh pengguna-penggunanya.

Pengguna-pengguna peranti Android dari Huawei buat masa ini masih boleh lagi mengakses dan mengemas kini aplikasi-aplikasi melalui Play Store kerana ia tidak memerlukan interaksi antara Google dan Huawei. Bagaimanapun, sekatan penuh dikenakan untuk sistem operasi dan kemas kini keselamatan.

Sumber berita diperoleh dari Reuters

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.