Utama Telco Digi Digi Home Fiber kini ditawarkan di Subang, Bandar Sunway, Shah Alam, Rawang,...

Digi Home Fiber kini ditawarkan di Subang, Bandar Sunway, Shah Alam, Rawang, Kajang, dan Bangi – Pakej 50Mbps pada harga RM99

1050
0

Digi Home Fibre merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui projek rintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang dilancarkan di Jasin baru-baru ini.

Terbaru, projek rintis yang bertujuan bagi meningkatkan mutu capaian internet di seluruh negara berkenaan telah mula mengorak langkah. Kajang, Bangi, Subang, Bandar Sunway, Shah Alam dan Rawang kini turut berpeluang menikmati perkhidmatan internet berkelajuan tinggi talian tetap dari Digi ini.

Terdapat dua pakej diperkenalkan untuk pelan Digi Home Fibre ini, iaitu;

  • 50Mbps – RM 99 sebulan
  • 100Mbps – RM 129 sebulan

Selain itu, menurut Digi kelajuan memuat naik untuk kedua-dua pakej berkenaan adalah berbeza dengan masing-masing 20Mbps dan 50Mbps untuk pakejĀ 50Mbps dan 100Mbps.

Setakat ini masih belum diketahui infrastruktur apa yang digunakan oleh Digi dalam menyediakan internet berkelajuan tinggi ini.

Pengguna yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini boleh membuat semakan dan pendaftaran melalui laman web rasmi Digi.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.