Utama Android Honor HONOR Pad 9 Hadir Dalam 5G Kini Di Kedai Seluruh Negara

HONOR Pad 9 Hadir Dalam 5G Kini Di Kedai Seluruh Negara

59
0

KUALA LUMPUR, 25 April 2024 – HONOR Pad 9 serba baharu hadir dalam versi Wi-Fi dan 5G. Model Wi-Fi boleh dibeli pada harga RM1,499. Manakala versi 5G pada RM1,799 menawarkan sambungan selular melalui kad SIM untuk kemudahan perhubungan.

HONOR Pad 9 boleh didapati di seluruh negara melalui pelbagai platform, termasuk laman web rasmi HONOR, HONOR Store, Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

HONOR Pad 9 5G Kini Tersedia di Maxis dan CelcomDigi

Bagi pengguna Maxis, dapatkan HONOR Pad 9 5G pada harga RM47 sebulan dengan pelan Maxis Postpaid 79. Manakala CelcomDigi menawarkan RM1 sebulan dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 260. Untuk kedua-dua syarikat telco ini, papan kekunci HONOR Pad 9 Smart Bluetooth disertakan di dalam pakej.

HONOR Pad 9 5G – Sempurna untuk Keseimbangan Kerja dan Berhibur 

Dengan hanya RM1,799, HONOR Pad 9 versi 5G padat dengan ciri-ciri untuk kesesuaian di semua keadaan dan menawarkan pengalaman seperti komputer riba kepada pengguna. Tablet ini dilengkapi dengan Papan Kekunci Bluetooth Pintar dan pensil Pintar HONOR CHOICE secara percuma, dua aksesori yang paling diperlukan untuk diguna bersama tablet, yang biasanya dijual secara berasingan. Ini menjadikan HONOR Pad 9 sangat berbaloi dengan harga.

Memberi ketepatan dan kelancaran dengan tahap sensitiviti tekanan 4096 dan teknologi anti-salah, pensil pintar HONOR CHOICE adalah aksesori berguna untuk menulis nota penting semasa kelas mahupun mesyuarat. Kepada pelukis, tablet ini juga sangat bagus untuk melukis menggunakan aplikasi melukis.

Untuk masa penggunaan tablet yang panjang, HONOR menitikberatkan keselesaan mata pengguna dengan Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia. Paparan diperakui oleh TÜV Rheinland untuk Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerlipan untuk pengalaman skrin yang lebih baik.

HONOR Pad 9 5G menampilkan Paparan Keselesaan Mata 12.1-inci 2.5K, kadar penyegaran 120Hz dan nisbah skrin-ke-badan 88% sesuai untuk pengalaman sinematik. Rekaan lapan pembesar suara yang memberikan pengalaman audio 360° yang dipertingkatkan oleh penalaan bunyi HONOR Histen dan Bidirectional Vocal Enhancement adalah bonus terbaik, menawarkan pengalaman sinematik apabila menonton drama, filem atau bermain game. 

Mengenai produktiviti, Platform Mudah Alih Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1 memacu prestasi cekap menjalankan multi aplikasi dengan jayanya dan memindahkan fail dengan lancar. Ditambah dengan storan 256GB, pengguna tidak perlu risau tentang mempunyai storan yang mencukupi untuk menyimpan multimedia, tugasan dan dokumen.

Kepada yang menggunakan HONOR Pad 9 5G sebagai peranti kerja utama, bateri besar tablet 8300mAh menjadi penyelamat buat pengguna, membolehkan penggunaan sepanjang hari dengan pengecasan minimum diperlukan.

Selain HONOR Pad 9 5G, HONOR MagicBook X 16 dan HONOR Band juga tersedia untuk pembelian di seluruh negara.

HONOR MagicBook X 16 – Produktiviti dengan Gaya

Tersedia dalam warna Space Grey, HONOR MagicBook X 16 tampil elegan dari semua sudut. Sesuai untuk kegunaan harian, ia menampilkan Skrin Paparan Penuh HONOR 16-inci dengan nisbah bidang 16:10, resolusi tinggi 1920 x 1200 sebagai komputer riba yang ideal untuk bekerja pada bila-bila masa.

Dikuasakan oleh Pemproses Intel® Core™ i5-12450H Generasi Ke-12 yang menampilkan empat teras prestasi dengan mudah menaikkan peranti kepada 4.4GHz, pengguna boleh menguruskan kerja dengan mudah, mendengar YouTube Music di latar belakang sambil menyemak imbas internet pada masa yang sama tanpa sebarang gangguan.

Dengan HONOR Connect, pengguna boleh menyambungkan telefon pintar HONOR ke HONOR MagicBook X 16. Pindah imej atau kongsi sebarang dokumen dengan seret dan lepas. Bukan itu sahaja, kekal berhubung dengan menjawab panggilan, membalas teks WhatsApp pada skrin besar juga!

HONOR MagicBook X 16 termasuk RAM 8GB dan 512GB, berharga RM 2,999. Ia datang dengan hadiah percuma bernilai RM468 yang terdiri daripada Beg Galas HONOR, langganan Microsoft 365 percuma selama 1 tahun dan jaminan 3 tahun.

HONOR Band 9 – Teman Kecergasan

Membawakan reka bentuk moden, Jam Tangan HONOR Band 9 mempunyai berat hanya 16.3g dan tebal 9.49mm, sebagai pelengkap kecergasan yang ideal dan bergaya di pergelangan tangan si pemakai. Tali jam boleh disuaipadan  mengikut citarasa masing-masing, dengan paparan AMOLED 1.57 inci dan kadar penyegaran sehingga 60Hz untuk paparan teks dan ikon yang lebih baik.

Ciri Fitness Age termaju, merekod aktiviti kecergasan disamping memantau kualiti tidur dan tahap stres pengguna, memastikan mereka mendapat maklumat dan bermotivasi untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat. Baterinya boleh bertahan sehingga 14 hari dalam sekali cas. Jam Tangan HONOR Band 9 berharga RM199 dan terdapat dalam pilihan warna Purple, Black dan Blue.

Untuk maklumat lanjut tentang produk HONOR, sila layari stor dalam talian HONOR di www.honor.com/my/  

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.