Utama Telco CelcomDigi CelcomDigi perkenalkan Pelan Prabayar 5G Baharu; Data sehingga 45GB pada RM48 sebulan

CelcomDigi perkenalkan Pelan Prabayar 5G Baharu; Data sehingga 45GB pada RM48 sebulan

342
0
Jom 5G Malaysiaku BM

CelcomDigi telah mengumumkan dua pelan prabayar baharu di bawah Celcom dan Digi menerusi kempen Jom 5G Malaysiaku. Pelan prabayar ini menawarkan sokongan sambungan ke 5G tanpa perlu membeli booster untuk waktu terhad ini.

Menerusi pelan dari Celcom, pelan bulanan XPAX Prepaid 5G 48 baharu yang berharga RM48, ia menawarkan kuota asas 20GB untuk data 5G dengan kelajuan maksima 100Mbps. Tambahan data 15GB turut disediakan buat pengguna yang membelinya dari sekarang sehingga 2 Oktober 2023.

Pelan ini juga didatangkan dengan panggilan tanpa had dan juga internet tanpa had dengan kelajuan maksimum 3Mbps selepas kuota 5G kehabisan atau ketika berada di kawasan 4G tanpa liputan 5G.

Data “tanpa had” ini juga bergantung pada Polisi Penggunaan Saksama (FUP) yang ditetapkan, 80GB. Selain itu, pelan ini juga menawarkan data hotspot 6GB dengan kelajuan yang dihadkan pada 6Mbps.

Untuk pelanggan Digi pula, pelan NEXT 5G 48 baharu juga berharga RM48 sebulan. Pakej ini menawarkan data 30GB untuk 4G dan 5G bersama-sama data tambahan promosi 15GB serta panggilan tanpa had.

Kuota penggunaan hotspot 10GB turut diberikan bersama-sama data tanpa had berkelajuan 3Mbps bagi penggunaan aplikasi media sosial untuk anda yang mengaktifkan pembaharuan pas prabayar ini secara automatik.

XPAX Prepaid 5G 48
Internet 5GKuota AsasKuota Tambahan (Promosi)*
20GB15GB
Lain-lainUnlimited Internet (3Mbps)
Panggilan tanpa had
Hotspot 6GB

Digi Prepaid NEXT 5G 48
Internet 5G/4GKuota AsasKuota Tambahan (Promosi)*
30GB15GB
Lain-lainMedia sosial tanpa had (3Mbps) – Facebook, Instagram, Twitter**
Panggilan tanpa had
Hotspot 10GB*

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.