Utama Perkakasan Nvidia YTL dan NVIDIA akan membina Adikomputer Baharu untuk AI di Malaysia menjelang...

YTL dan NVIDIA akan membina Adikomputer Baharu untuk AI di Malaysia menjelang 2024

186
0
Foto dari Pejabat Perdana Menteri

Selepas sesi pertemuan meja bulat bersama media, Presiden NVIDIA Jensen Huang terus berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya. Di sana, beliau dan YTL Power telah mengumumkan kedua-dua pihak syarikat akan bekerjasama membina infrastruktur AI baharu di Malaysia.

Pengumuman tersebut dibuat di Seri Perdana yang turut dihadiri oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Pengarah Urusan YTL Power International Berhad Dato’ Yeoh Seok Hong.

Pelaburan Infrastruktur Kecerdasaran Buatan (AI) Malaysia

Pelaburan bernilai RM 20 billion tersebut akan melibatkan YTL Power memasang GPU-GPU Tensor Core NVIDIA H100 di pusat-pusat data berkenaan. YTL Power juga akan menggunakan perisian NVIDIA AI Enterprise untuk memperkemaskan pengeluaran AI. Pemasangan tersebut juga melibatkan NVIDIA NeMo, kerangka kerja natif awanan hujung-ke-hujung untuk membangun, mengubahsuai, dan memasang model-model AI Bergeneratif dari mana-mana lokasi.

Infrastruktur AI berkenaan akan dihoskan di YTL Green Data Center Park di Kulai, Johor. Fasiliti dengan kuasa 500MW berkenaan dibangunkan oleh YTL dan dikuasakan dengan tenaga solar yang ditempatkan di lokasi berkenaan. YTL Communications Sdn. Bhd., subsidiari telekomunikasi YTL yang juga mengendalikan YES 5G akan memiliki dan menguruskan infrastruktur AI tersebut dan akan menyediakan perkhidmatan perkomputeran awanan kepada Malaysia.

Tengku Zafrul menyatakan selepas kunjungan tersebut, “Kami meraikan kerjasama di antara YTL dan NVIDIA yang selaras dengan kerjasama strategik yang disasarkan di dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030. Melalui penawaran perkhidmatan adikomputer awanan dan manfaat AI untuk menghasilkan inovasi, kerjasama ini mampu meningkatkan keupayaan ekonomi kita, mengorak langkah menjadikan kita negara berteknologi dan berpendapatan tinggi disamping meletakkan Malaysai sebagai destinasi pelaburan utama,”

“Malaysia menerima AI bagi mempertingkatkan tenaga kerja, memacu persaingan, dan melonjakkan inovasi,” ujar Raymond Teh, Naib Presiden Kanan Serantau Asia Pasifik NVIDIA. “Kerjasama ini akan membantu menghasilkan infrastruktur perkomputeran AI lanjutan bagi membolehkan Malaysia membangunkan Model Bahasa Besar (Large Language Model, LLM) sendiri dan menjana gelombang berikutnay penggunaan AI Bergeneratif di dalam negara,”

GPU-GPU NVIDIA H100 membawakan AI Bergeneratif bertaraf industri dan mampu mempercepatkan pembangunan LLM sebanyak 30X berbanding GPU-GPU generasi sebelumnya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.