Utama Mobile Aplikasi YouTube kini menyekat kesemua Media Kerajaan Russia di seluruh Dunia

YouTube kini menyekat kesemua Media Kerajaan Russia di seluruh Dunia

530
0

YouTube mengumumkan pihaknya akan menyekat saluran-saluran YouTube yang didanai oleh kerajaan Russia. Tindakan ini susulan dari sekatan saluran-saluran seperti RT dan Sputnik di Eropah awal bulan ini.

Pengumuman ini turut menyatakan kandungan-kandungan yang menafikan, meremeh atau memutarbelitkan maklumat penaklukan Russia ke atas Ukraine turut disekat.

Beberapa platform lain turut menyekat pengguna-pengguna di Eropah dari mengakses ke kandungan yang disediakan oleh badan media kerajaan Russia.

Sebagai tindakbalas, pihak kerajaan Russia telah menyekat akses ke laman-laman seperti Facebook atau Twitter. Selain itu, Instagram juga akan disekat di Russia bermula 14 Mac ini.

Terdahulu, Google sudah pun menyekat saluran-saluran berkenaan dari menjana pendapatan pengiklanan melalui YouTube. Hujung Februari lalu, saluran media kerajaan Russia tidak dibenarkan untuk meletakkan iklan pada video-videonya dan minggu lepas, Google meningkatkan lagi tekanan dengan menyekat kesemua hasil pengiklanannya di Russia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.