Utama Telco Yoodo Yoodo tawarkan Data Berkelajuan Tinggi 65GB dengan Akses 5G pada harga RM41/bulan

Yoodo tawarkan Data Berkelajuan Tinggi 65GB dengan Akses 5G pada harga RM41/bulan

208
0

Jika anda berhasrat ingin mendapatkan kuota data yang banyak dengan akses 5G, tawaran baharu daripada Yoodo ini mungkin menarik minat anda.

Yoodo kini menawarkan data ekstra dan pas 5G yang lebih murah buat pelanggan yang menggunakan pelan data terpilihnya.

Promosi Data 25GB Percuma dan Pas 5G RM 1

Sebagai tambahan kepada promosi data 20GB pada harga RM20, Yoodo kini menawarkan data tambahan 25GB secara percuma jika anda mengubahsuai pelan bulanan dengan data dari 40GB hingga 100GB dan mengaktifkan pas 5G.

Pelan data berkelajuan tinggi 5G Yoodo sebelum ini menawarkan akses ke rangkaian Digital Nasional Berhad (DNB) dengan mengaktifkan pas 5G dengan harga RM5 sebulan. Kini harga pas 5G tersebut telah dikurangkan kepada RM1 sahaja bagi pengguna yang mengambil pelan data minima 40GB.

Melalui tawaran baharu ini, anda boleh mengubahsuai pelan dengan data 65GB (40GB + percuma 25GB) dengan 5G pada harga RM41 sebulan. Atau data 125GB (100GB + percuma 25GB) dengan 5G pada harga RM79 sebulan.

Pas 5G lebih murah dengan pelan data 10GB dan ke atas

Bagi pengguna kasual yang tidak memerlukan data lebih daripada 40GB sebulan, Yoodo turut mengurangkan harga pas 5G kepada RM3 jika anda mengubahsuai pelan dengan data 10GB hingga 30GB. Untuk pelan data yang lebih rendah kuotanya seperti 2GB dan 6GB, pas 5G masih lagi kekal pada RM5 sebulan.

Berikut adalah perincian pelan data bulanan bersama-sama 5G yang ditawarkan Yoodo:

  • Data 2GB (RM12) + Pas 5G (RM5) – RM17
  • Data 6GB (RM15) + Pas 5G (RM5) – RM20
  • Data 10GB (RM18) + Pas 5G (RM3) – RM21
  • Data 20GB (RM20) + Pas 5G (RM3) – RM23
  • Data 24GB (RM23) + Pas 5G (RM3) – RM26
  • Data 30GB (RM35) + Pas 5G (RM3) – RM38
  • Data 65GB (RM40) + Pas 5G (RM1) – RM41
  • Data 85GB (RM58) + Pas 5G (RM1) – RM59
  • Data 105GB (RM68) + Pas 5G (RM1) – RM69
  • Data 125GB (RM78) + Pas 5G (RM1) – RM79
  • Data 150GB (RM88) + Pas 5G (RM1) – RM89
  • Data 200GB (RM98) + Pas 5G (RM1) – RM99

Untuk tambahan panggilan suara pula, harganya adalah seperti berikut:

  • 100 minit – RM5
  • 200 minit – RM7
  • 400 minit – RM9
  • 4000 minit – RM12

Manakala untuk SMS pula adalah seperti berikut harganya:

  • 10 SMS – RM1 (hanya dengan pelan data)
  • 50 SMS – RM3
  • 100 SMS – RM5
  • 200 SMS – RM10
  • 300 SMS – RM15

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Yoodo.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.