Utama Android Xiaomi Xiaomi disenaraihitamkan US; Anugerah untuk Pengasasnya antara punca

Xiaomi disenaraihitamkan US; Anugerah untuk Pengasasnya antara punca

350
0
Xiaomi CEO Lei Jun

Awal Januari pada tahun ini, kerajaan Amerika Syarikat telah meletakkan Xiaomi di dalam senarai hitam ketenteraan yang menghalang mana-mana pihak dari AS melabur di dalam syarikat berkenaan.

Xiaomi kemudiannya telah membuat rayuan di mahkamah bagi membatalkan arahan tersebut. Kini, melalui pemfailan mahkamah oleh Jabatan Kehakiman telah mendedahkan anugerah yang diterima oleh Pengasas dan CEO Xiaomi, Lei Jun menjadi antara punca penyenaraian hitam berkenaan.

Lei Jun telah menerima “Anugerah Pembina Sosialisme Dengan Sahsiah China Terunggul dari Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China” pada tahun 2019.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China mendakwa pemodenan teknologi awam di China ada kaitan dengan gabungan pembangunan teknologi ketenteraannya.

Dakwaan tersebut disangkal oleh Xiaomi dan menyatakan Jabatan Pertahanan AS tidak memberikan peluang untuk pihaknya memberi jawapan balas.

Selain dari isu anugerah berkenaan, AS turut melihat pelaburan $7.7 billion Xiaomi untuk pembangunan 5G dan AI untuk tempoh lima tahun akan datang sebagai perkembangan yang membimbangkan.

Hasrat Xiaomi untuk menggabungkan teknologi 5G, AI dan IoT mencetuskan kebimbangan Jabatan Pertahanan AS terhadap kemungkinan ianya akan digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Imej cover dari Quartz

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.