Xiaomi dijadual akan melancarkan Mi 10S pada hari ini dan maklumat mengenai kuasa pengecasannya telah dikongsikan menerusi laman rasminya di WeChat. Menurut Xiaomi, telefon pintar ini akan hadir dengan pengecasan pantas dengan tiga sokongan, iaitu pengecas berwayar 50W, nirwayar 30W dan pengecasan berbalik pantas 10W.

Kapasiti bateri Xiaomi Mi 10S bagaimanapun masih lagi belum didedahkan, namun ianya dijangka didatangkan dengan kapasiti yang besar. Selain itu, ianya juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain.

Selain dari ciri pilihan pengecasan pantas fleksibel, telefon pintar ini turut menawarkan ciri menarik lain seperti pembesar suara Harmon Kardon. Telefon yang dikuasakan oleh cipset Snapdragon 870 ini turut dilaporkan disenaraikan sebagai peranti yang memiliki kualiti audio yang terbaik oleh DXOMark.

Telefon ini juga dikhabarkan menawarkan ciri lain yang hampir sama dengan Mi 10 Ultra seperti skrin AMOLED FHD+ 6.67-inci 90Hz, kuad-kamera 108MP + 13MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto 20MP.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.