Utama Mobile Aplikasi Xiaomi dan Foodpanda bekerjasama sediakan penghantaran Barangan Elektronik lebih pantas

Xiaomi dan Foodpanda bekerjasama sediakan penghantaran Barangan Elektronik lebih pantas

Tambah satu lagi aplikasi pra-pasang di dalam telefon baharu Xiaomi

332
0

Platform penghantaran makanan dan barangan dapur, Foodpanda telah mengumumkan kerjasamanya dengan gergasi teknologi China, Xiaomi bagi penghantaran barangan elektronik.

Foodpanda telah menjadi rakan kongsi penghantaran pantas Xiaomi pertama di luar China. Singapura dan Thailand telah menjadi negara pertama yang menyediakan penghantaran segera produk-produk Xiaomi hasil kerjasama tersebut.

Kerjasama ini membawakan penawaran ratusan produk-produk Xiaomi melalui bahagian kedai khasnya di dalam platform Foodpanda. Pengguna seterusnya boleh memilih mana-mana produk yang diingini dan memesan penghantarannya dalam tempoh 30 minit.

Aplikasi Foodpanda juga akan dipra-pasangkan pada kesemua telefon pintar Xiaomi baharu di pasaran Asia, seperti:

  • Singapura
  • Thailand
  • Malaysia
  • Pakistan
  • Taiwan,
  • Philippines
  • Bangladesh
  • Laos
  • Cambodia
  • Myanmar

Xiaomi bukanlah jenama barangan elektronik pertama yang menawarkan perkhidmatan seperti ini. Jenama-jenama lain seperti Huawei, Logitech, Asus, TP Link, Remax, dan Philips sudah pun menyertai platform Foodpanda lebih awal.

Laporan oleh Frost & Sullivan pada 2021 menunjukkan Foodpanda melihat pertumbuhan sehingga 18 kali ganda bagi pesanan aksesori komputer dan peranti mudah alih berbanding tempoh yang sama pada 2020. Kesan dari penularan pandemik telah membawa kepada peningkatan penggunaan media digital dikalangan pengguna.

Foodpanda juga melancarkan gedung runcitnya sendiri yang dinamakan sebagai pandamart sebagai memenuhi permintaan penghantaran cepat. Dalam pada masa yang sama, Grab juga melancarkan perkhidmatan yang hampir sama melalui GrabSupermarket.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.