Utama Perkakasan AMD AMD umumkan kerjasama dengan MediaTek melalui pembangunan modul Wi-Fi 6E siri RZ600

AMD umumkan kerjasama dengan MediaTek melalui pembangunan modul Wi-Fi 6E siri RZ600

Kedua-duanya kini kembali menjalinkan hubungan kerjasama

614
0

AMD dan MediaTek baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama antara keduanya yang terbaru melalui pembangunan modul Wi-Fi 6E baharu yang dikenali sebagai RZ600.

Modul Wi-Fi baharu ini dijangka bakal hadir menerusi laptop berkuasa Ryzen generasi berikutnya, serta komponen PC desktop bermula dari 2022.

Modul Wi-Fi 6E siri RZ600 ini akan hadir dalam dua model, iaitu RZ616 dan RZ608 dengan kedua-duanya menempatkan cipset MediaTek’s Fliogic 330P. Dari segi spesifikasinya, kedua-dua modul tersebut akan menyokong piawaian Wi-Fi 6E 2×2 dan Bluetooth 5.2 terkini.

Apa yang membezakan antara kedua-duanya adalah saluran yang disokongnya. Bagi modul jenis RZ616, ia menyokong spektrum 6GHz pada lebar jalur saluran 160MHz dengan kadar PHY sehingga 2.4Gbps. Untuk modul jenis RZ608 pula, ia menyokong spektrum 6GHz pada lebar jalur sehingga 80MHz dengan kadar PHY sehingga 1.2Gbps.

Modul siri RZ600 ini juga lebih kecil dan menyokong M.2 dengan RZ616 hadir dalam dua saiz, 2230 dan 1216. Manakala RZ608 pula hanya ditawarkan dengan saiz 2230 sahaja.

Ini bukanlah kali pertama AMD dan MediaTek menjalinkan kerjasama. Modul RZ608 juga sudah pun hadir di pasaran sebelum ini dan pernah dijenamakan semula sebagai MediaTek MT7921K. Berkemungkinan besar, modul RZ608 yang akan datang ni merupakan versi yang dikemaskini.

Selain AMD, MediaTek pernah bekerjasama dengan pemain-pemain industri lain seperti NVIDIA dan Google.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.