Utama Komputer Microsoft dedahkan pemalam Windows Defender Application Guard untuk Chrome dan Firefox

Microsoft dedahkan pemalam Windows Defender Application Guard untuk Chrome dan Firefox

794
0

Bersama-sama pengumuman Windows 10 Insider Preview build 18358 ke dalam Fast Ring, Microsoft turut mengumumkan pelancaran pemalam Windows Defender Application Guard untuk Chrome dan Firefox. Buat masa ini, ianya eksklusif untuk Insiders dan dijangkakan akan hadir ke pengguna umum tidak berapa lama lagi.

Cara pemalam ini berfungsi mirip dengan cara ianya digunakan pada Microsoft Edge dengan menyemak URL yang dilayari adalah web yang boleh dipercayai atau tidak.

Jika didapati pengguna melayari web yang tidak boleh dipercayai, ianya akan dibuka melalui Microsoft Edge di dalam mod ‘sandbox’. Seterusnya, dari situ pengguna boleh melayari mana-mana laman web tanpa mengira ianya boleh dipercayai atau tidak kerana kerana di dalam mod ini ia tidak mampu memberi kesan terhadap keseluruhan sistem komputer pengguna.

Selepas pemasangan pemalam berkenaan dibuat, pengguna akan diperlihatkan halaman utama Windows Defender Application Guard apabila membuka aplikasi pelayar Chrome atau Web. Pengguna juga akan melihat ikon Windows Defender di dalam pelayar dan sesi Application Guard boleh dimulakan dengan klik padanya dan memasukkan URL melaluinya.

Buat masa ini, pemalam ini hanya boleh digunakan oleh pengguna Insiders sahaja. Pengguna-pengguna lain dijangka boleh memasang pemalam ini melalui kemaskini Windows 10 versi 1803 dan ke atas apabila ianya dibuka kepada umum kelak. Bagaimanapun, ianya hanya untuk pengguna Windows 10 Pro atau Enterprise sahaja.

Pengguna yang berminat untuk mendapatkan pemalam ini boleh mendapatkannya melalui pautan berikut:

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.