Utama Laptop HP HP telah panggil semula 78,500 bateri Laptop yang berisiko “Menjadi terlalu Panas...

HP telah panggil semula 78,500 bateri Laptop yang berisiko “Menjadi terlalu Panas dan Mudah Terbakar”

1146
0

HP telah membuat panggilan semula untuk 78,500 laptop yang mengandungi bateri lithium-ion yang rosak. Bateri-bateri yang rosak ini berisiko untuk menjadi terlalu panas serta boleh mengakibatkan kebakaran. Notis panggilan semula ini telah mula dikeluarkan sejak dari Januari tahun ini.

Menurut pihak HP, bateri-bateri yang terlibat ini dipasang bersama-sama perantinya dan ada juga yang dijual sebagai aksesori. Antara produk-produk yang berkemungkinan mempunyai masalah pada baterinya termasuklah:

  • HP ProBook (64x G2 dan G3, 65x G2 dan G3)
  • HP ProBook 4xx G4 (430, 440, 450, 455 dan 470)
  • HP x360 310 G2
  • HP ENVY m6
  • HP mt20
  • HP mt 21
  • HP mt 31
  • HP Pavilion x360
  • HP 11
  • HP ZBook (17 G3, 17 G4, Studio G3)

Peranti-peranti yang terlibat ini dijual di seluruh dunia antara Disember 2015 sehingga April 2018. Berikut adalah kenyataan penuh dari pihak HP:

The quality and safety of all HP products is our top priority. We learned that batteries provided by one of our suppliers for certain notebook computers and mobile workstations present a potential safety concern. We took immediate action to address the issue and are replacing the batteries in question. This action pertains to approximately 0.1 percent of the HP systems sold globally during the recall time period.

Customers can visit HP’s site (https://batteryprogram687.ext.hp.com) to learn if their battery should be replaced. Impacted customers will have their batteries replaced free of charge and may continue safely using their device by placing the battery in Safety Mode and connecting to an external power source.

Kebanyakan bateri-bateri ini tidak boleh ditanggalkan dan pengguna yang terlibat dikehendaki mendapatkan bantuan melalui juruteknik-juruteknik HP yang bertauliah. Untuk membuat semakan terhadap bateri, pengguna perlu mengujinya melalui program Validity Utility. Seterusnya, ia akan membuat semakan sama ada bateri laptop berkenaan bermasalah atau tidak. Jika didapati bermasalah, pengguna dinasihatkan supaya mengemaskini BIOS untuk laptop tersebut untuk menetapkannya pada tetapan “Battery Safety Mode” sehingga bateri berkenaan digantikan.

HP turut mengeluar senarai laptop-laptop yang terlibat dalam panggilan semula ini. Mana-mana pengguna yang berasa was-was pada bateri laptop masing-masing mungkin boleh membuat semakan pada bateri yang digunakan sebagai langkah pencegahan.

Sumber berita diperoleh dari HP

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.