Utama Komputer Windows 7 hadapi masalah Pepijat baru yang buatkan PC tidak boleh dimatikan...

Windows 7 hadapi masalah Pepijat baru yang buatkan PC tidak boleh dimatikan atau ‘restart’

1032
0

Windows 7 dilaporkan mempunyai satu lagi masalah pepijat terbaru semenjak sokongan rasmi untuknya ditamatkan pada 14 Januari lalu.

Sebahagian pengguna melaporkan PC Windows 7 mereka tidak dapat dimatikan atau melakukan ‘restart’. Satu notifikasi ralat “You don’t have permission to shut down this computer” akan muncul sebaik sahaja pengguna ingin mematikan atau restart PC Windows 7 yang terkesan. Punca kepada masalah Windows 7 ini masih lagi belum diketahui setakat ini.

Sepanjang tempoh dua hari sejak ia diketemukan, pengguna telah mencuba pelbagai cara untuk membaiki masalah tersebut. Buat masa ini terdapat dua cara untuk membaiki masalah ini iaitu cara pembaikan sementara dan cara pembaikan tidak rasmi. Kita lihat dulu pada:

Cara pembaikan sementara masalah Windows 7 tidak dapat dimatikan atau ‘restart’

Pertama kali diterbitkan oleh seorang pengguna di Reddit, cara pembaikan mudah ini tidak memerlukan sebarang suntingan kod melalui CMD mahupun godaman sistem operasi.

Cuma kekurangan dari cara ini adalah pengguna perlu melakukan langkah yang sama berulang kali setiap kali ingin mematikan atau restart PC Windows 7 berkenaan.

  1. Wujudkan sebuah lagi akaun ‘Admin’
  2. Log masuk ke akaun ‘Admin’ berkenaan
  3. Log semula ke akaun default ‘Admin’
  4. Matikan atau ‘restart’ PC seperti biasa.

Harus diingatkan sekali lagi, cara ini hanyalah pembaikan sementara sahaja. Pengguna masih lagi perlu melakukan langkah yang sama setiap kali ingin mematikan atau restart PC tersebut.

Cara Pembaikan tidak Rasmi Masalah Windows 7 tidak boleh dimatikan atau ‘restart’

Cara pembaikan kekal ini telah dikongsikan oleh ramai pengguna di Reddit dan juga oleh firma IT, QuickHeal.

Berikut adalah cara-caranya:

  1. Buka Run dengan menekan kekunci
  2. Taipkan gpedit.msc dan tekan Enter.
  3. Di dalam tetingkap Group Policy Editor, pergi ke Computer Configuration > Windows Settings > Security Settings > Local Policies > Security Options.
  4. Pada panel sebelah kanan pilihan Security Options, carikan dan pilih “User Account Control: Run all administrators in Admin Approval Mode.”
  5. Di dalam tetingkap baru, pilih Enable.
  6. Buka semula tetingkap Run, tetapi untuk kali ini taipkan “gpupdate /force” dan tekan Enter. Ini akan mengemaskini seluruh polisi kumpulan pengguna (group policies).
  7. Restart atau matikan PC anda seperti biasa.

Sistem operasi Windows 7 telah mencapai luput hayat rasminya (End-of-Life, EOL) pada 14 Januari 2020 dan dijadualkan tidak lagi menerima sebarang kemaskini dari Microsoft.

Bulan lalu, Microsoft telah membuat satu pengecualian tentangnya apabila menerbitkan satu kemaskini pembaikan untuk memperbetulkan masalah ‘wallpaper’ desktop Windows 7.

Memandangkan masalah ‘shutdown’ dan ‘restart’ Windows 7 jauh lebih penting dari masalah ‘wallpaper’, Microsoft dijangka mungkin akan menerbitkan kemaskini pembaikan untuk masalah ini dalam masa terdekat.

Imej cover dari @Trendswood

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.