Utama Microsoft Windows 11 SE tertiris; Adakah ianya Windows 11 versi ringan yang akan...

Windows 11 SE tertiris; Adakah ianya Windows 11 versi ringan yang akan dikeluarkan kelak?

567
0

Banyak maklumat berkaitan serta pemasangan Windows 11 telah tertiris sepanjang minggu ini dengan sebahagian besar peminat Windows turut mengambil peluang mencubanya sendiri lebih awal.

Versi yang tertiris ini bukanlah versi muktamad yang akan dilancarkan kepada seluruh pengguna, namun ianya tidak menghalang sesetengah peminat untuk melakukannya. Sesetengah pengguna yang memasangnya telah menemukan beberapa perkara yang menarik mengenai sistem operasi Windows generasi berikutnya ini.

Antara yang diketemukan adalah versi terhad bagi sistem operasi ini yang dikenali sebagai Windows 11 SE. Versi Windows 11 ini berkemungkinan seakan-akan Windows 10 Cloud Edition. Ianya mungkin juga versi Windows 11 versi kegunaan perusahaan atau pendidikan, yang mana pengguna tidak dibenarkan untuk melakukan perubahan terhadap beberapa tetapan.

Misalnya, aplikasi Settings dilihat akan menjadi amat terhad fungsinya, serta akses ke Microsoft Store juga disekat. Berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter, Sigma, versi ini mewajibkan pengguna memiliki Microsoft Account untuk menggunakannya. Ia juga hanya boleh dipasangkan oleh pentadbir sistem yang akan mengawal berdasarkan versi-versi yang digunakannya.

Bagaimanapun, jika versi ini adalah penambahbaikan dari Windows 10 S dahulu yang menerima respon negatif dari pengguna, idea ini mungkin perlu dipertimbangkan semula.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.