Utama Android Honor Honor 50 dilancarkan; Menyokong Google Mobile Services, Kamera 108MP

Honor 50 dilancarkan; Menyokong Google Mobile Services, Kamera 108MP

126
0

Honor kini kembali dengan siri telefon pintar mercu terbarunya, siri Honor 50. Terdapat tiga model di dalam siri ini yang kini hadir dengan sokongan Google Mobile Services.

Siri telefon pintar Honor 50 akan dilancarkan di China terlebih dahulu dan setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada ianya akan dilancarkan pasaran lain termasuk Malaysia kelak.

Spesifikasi Honor 50 Pro

Honor 50 Pro merupakan tumpuan utama di dalam siri ini. Ianya mempunyai paparan melengkung AMOLED 6.72-inci beresolusi 2676 x 1236. Paparan ini juga menyokong kadar penyegaran semula 120Hz dan pensampelan sentuhan 300Hz.

Untuk kameranya, Honor 50 Pro menyediakan sebuah sensor utama 108MP bagi kamera utamnya. Ianya disokong oleh sensor ultra-lebar 8MP berserta dua lagi sensor 2MP untuk makro dan kedalaman. Manakala di sebelah hadapannya pula, kamera swafotonya mengandungi sebuah sensor utama 32MP dan sensor ultra-lebar 12MP.

Dikuasakan oleh sistem-atas-cip Qualcomm Snapdragon 778G, Honor 50 Pro turut dilengkapkan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Ia menggunakan antaramuka Magic UI 4.2 yang berasaskan Android 11. Bagi unit pasaran anatarabangsa, model ini akan didatangkan dengan Google Mobile Services.

Oleh itu, pengguna dapat mengakses ke aplikasi-aplikasi popular seperti YouTube, Netflix, Drive dan sebagainya seperti pengguna peranti Android lain. Kali terakhir peranti Honor yang menyokong Google Mobile Services adalah pada siri Honor 20 dahulu.

Honor 50 Pro menawarkan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W. Terdapat empat warna pilihan yang menarik kepada pengguna ditawarkan iaitu Frost Crystal, Amber Red, Emerald Green dan Midnight Black.

Spesifikasi Honor 50

Seterusnya, Honor 50 menawarkan ciri yang tidak jauh bezanya seperti Honor 50 Pro. Antara persamaannya adalah pada cipsetnya, RAM, storan, OS, konfigurasi kamera utamanya, dan warna-warna pilihan yang ditawarkan.

Ianya dibezakan dari segi paparan yang mana model Honor 50 hadir dengan paparan FHD+ 6.57-inci, namun masih lagi sama dari segi saiz paparan dan kadar penyegaran semulanya.

Begitu juga untuk kamera swafotonya, Honor 50 hanya menawarkan sebuah sensor 32MP di sebelah hadapannya bagi tujuan tersebut. Menariknya, model ini mempunyai kapasiti bateri yang sedikit besar 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 66W sahaja.

Spesifikasi Honor 50 SE

Model ini boleh dikatakan sebagai peranti kelas menengah di dalam siri Honor 50 ini. Ianya jelas kelihatan pada paparan FHD 6.78-inci, namun masih lagi menawarkan kadar penyegaran semula 120Hz.

Kamera swafoto model ini menyediakan sebuah sensor 16MP. Tetapi bagi kamera utama dibelakangnya masih lagi menyediakan sensor 108MP, sensor ultra-lebar 8MP dan sensor makro 2MP. Cumanya, tiada sensor kedalaman disediakan sebagaimana dua model teratas di dalam siri ini.

Begitu juga pada penggunaan cipsetnya. Berbeza dengan model standard dan Pro yang menggunakan cipset Snapdragon, model SE menggunakan cipset MediaTek Dimensity 900 5G. Ianya digandingkan dengan RAM 8GB dan storan 128GB.

Untuk bateri, Honor 50 SE menyediakan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 66W. Serta antaramuka Magic UI 4.2 berasaskan Android 11 dengan tiga pilihan warna Hitam, Biru dan Perak.

Harga bagi siri Honor 50

Kesemua model-model siri Honor 50 akan dilancarkan ke pasaran China terlebih dahulu dan dijangka akan menemui pengguna di pasaran lain kemudiannya. Tidak dapat dipastikan bilakah siri telefon pintar ini akan menemui pengguna di Malaysia.

Berikut adalah senarai harga bagi siri Honor 50 di China:

ModelRAMStoranHarga
Honor 50 Pro8GB256GBRMB 3699 (~RM 2,380)
Honor 508GB256GBRMB 2999 (~RM 1,929)
Honor 508GB128GBRMB 2699 (~RM 1,736)
Honor 50 SE8GB256GBRMB 2699 (~RM 1,736)
Honor 50 SE8GB128GBRMB 2399 (~RM 1,549)

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.