Utama Teknologi Kini anda boleh mengoperasikan Windows 10 pada Mac yang menggunakan CPU M1

Kini anda boleh mengoperasikan Windows 10 pada Mac yang menggunakan CPU M1

120
0

Pemprosesan M1 telah mengubah lanskap perkomputer Apple dan Mac generasi terkini telah menggunakan pemprosesan berkenaan dengan tujuan pengoptimasian prestasi dan bateri yang lebih baik.

Bagaimanapun, terdapat kekurangan pada peranti dengan pemprosesan M1 iaitu Boot Camp. Fungsi ini amat popular di kalangan pengguna macOS kerana ia membolehkan pengguna memasang Windows pada Mac tanpa mengganggu direktori macOS sedia ada.

Kini. melalui kemaskini terbaru Parallels Dektop telah menambah keupayaan Mac dengan pemprosesan M1 menjalankan Windows 10 ARM dan juga distro Linux berasaskan ARM popular yang lain.

Menurut Parallels, pengguna dapat memanfaatkan beberapa penambahbaikan pada Parallels Desktop 16.5 untuk Mac, iaitu:

  • Pengurangan penggunaan tenaga sehingga 250 peratus
  • Peningkatan prestasi DirectX 11 sehingga 60 peratus
  • Prestasi mesin maya 30 peratus lebih baik pada Windows

Bagaimanapun, pengguna hanya dibenarkan untuk menggunakan versi pratonton Windows 10 ARM sahaja. Sehingga kini, versi rasmi hanya dihadkan kepada pengeluar peranti-peranti Windows.

“We received enthusiastic feedback about the remarkable performance of both the Technical Preview of Parallels Desktop 16.5 for M1 Mac and Windows 10 on ARM Insider Preview as well as x86 applications and games, including Rocket League, Among Us, Roblox, The Elder Scrolls V: Skyrim, Sam & Max Save the World and many others. Testers loved Parallels Desktop’s easy-to-use features and seamless integration of Windows with macOS Big Sur, which increases productivity.”

Pada masa yang sama, distro Linux seperti Ubuntu 20.04, Kali Linus 2021.1, Debian 10.7, dan Fedora Workstation 33-1.2 disokong oleh aplikasi Parallels Desktop ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan versi terkini Parallels Desktop 16.5 untuk Mac di sini. Anda juga boleh memuat turun versi Pratonton Windows 10 untuk ARM di sini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.