Utama Android vivo Hong Kong Airlines haramkan telefon Vivo berikutan insiden kebakaran di Lapangan Terbang

Hong Kong Airlines haramkan telefon Vivo berikutan insiden kebakaran di Lapangan Terbang

135
0
Vivo Y20

Kebakaran melibatkan peranti elektronik kadangkala boleh berlaku bergantung pada keadaan sekeliling dan juga sifat peranti berkenaan.

Baru-baru ini telah berlaku kebakaran kargo di Lapangan Terbang Hong Kong melibatkan penghantaran telefon pintar Vivo Y20.

Tiga buah kotak kargo yang mengandungi telefon dan aksesori berkaitan telah terbakar ketika sedang dimuatkan ke dalam pesawat kargo.

Walaupun kargo penerbangan berkenaan telah ditangguhkan, operasi lapangan tersebut bagaimanapun tidak terjejas. Pun begitu, insiden ini telah membawa kepada pengharaman peranti Vivo oleh Hong Kong Air Cargo dan dua lagi syarikat pengangkutan udara.

Menurut laporan dari The Standard, telefon pintar berkenaan sedang dalam perjalanan menuju ke Bangkok. Model yang terlibat di dalam insiden merupakan model yang sama dengan Y20s yang dilancarkan di Malaysia Disember 2020.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.