Utama Mobile Aplikasi WhatsApp bangunkan Ciri Perkongsian Fail Dalam Aplikasi mirip AirDrop

WhatsApp bangunkan Ciri Perkongsian Fail Dalam Aplikasi mirip AirDrop

54
0

WhatsApp kini sedang membangun dan menguji ciri baharu yang membolehkan perkongsian fail dilakukan dengan pengguna berhampiran. Ia mirip dengan fungsi Apple AirDrop dan Google Nearby Share, menurut WABetaInfo.

Fungsi yang kini ditawarkan dalam WhatsApp beta 2.24.2.20 ini masih lagi belum diketahui kaedah perkongsian yang akan digunakannya kelak. Buat masa ini kemungkinan ia akan menggunakan sambungan secara Bluetooh.

WABetaInfo menyatakan kaedah ini masih mengekalkan lagi enkripsi hujung-ke-hujung di dalam WhatsApp bagi menjamin privasi data pengguna. Ciri ini juga hanya akan memaparkan maklumat berkenaan nama pengguna untuk penghantar dan penerima tanpa menunjukkan nombor telefon.

Turut ditawarkan pilihan menjana permintaan perkongsian dengan cara menggoncangkan peranti selain cara mengaktifkan permintaan dengan mengetik ikon seperti biasa. Dijangkakan WhatsApp akan mengumumkan fungsi ini sebaik proses pembangunan dan pengujiannya selesai kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.