Utama Mobile Aplikasi WhatsApp kini sediakan ciri Message Yourself, boleh hantar Mesej kepada diri sendiri

WhatsApp kini sediakan ciri Message Yourself, boleh hantar Mesej kepada diri sendiri

455
0
WhatsApp Message Yourself

WhatsApp kini menawarkan ciri Message Yourself untuk pengguna-penggunanya di platform iOS dan Android. Ciri tersebut sudah melepasi peringkat ujian beta dan kini mula ditawarkan kepada umum.

Message Yourself membolehkan anda menghantarkan mesej kepada diri sendiri. Sesi borak tersebut juga hanya boleh dilihat dan diakses oleh pengguna berkenaan sahaja dengan cara memasukkan teks ke dalamnnya sama seperti anda menghantar teks kepada orang lain.

Sesetengah pengguna sebelum ini menggunakan ciri seakan Message Yourself dengan mewujudkan kumpulan borak (WhatsApp Group) yang hanya ada diri sendiri sahaja.

Ia amat berguna untuk pengguna menulis nota-nota penting kepada diri sendiri seperti menyimpan pautan laman web, memuat naik dokumen atau nota suara. Pengguna akan menerima ciri baharu ini secara berperingkat melalui kemaskini terkini.

Ciri seperti ini juga terdapat pada platform-platform permesejan lain seperti Telegram.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.