Utama Perkakasan Qualcomm Samsung Foundry menghasilkan cip Snapdragon 8 Gen 2 tersuai khas untuk Galaxy...

Samsung Foundry menghasilkan cip Snapdragon 8 Gen 2 tersuai khas untuk Galaxy S23

322
0
Snapdragon 8 Gen 2 Special Samsung Galaxy S23

Samsung sebelum ini pernah dilaporkan akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 khas untuk siri Galaxy S23. Kini, terdapat laporan baharu yang mengatakan Samsung Foundry akan menghasilkan cip mercu yang dipertingkatkan tersebut.

Laporan yang sama juga mendedahkan cip pada Galaxy S23 berkenaan akan mempunyai kelajuan klok yang lebih tinggi berbanding varian standard. Bagaimanapun, hantaran di Twitter oleh pengguna RGcloudS mendakwa terdapat dua versi cipset Snapdragon 8 Gen 2 yang diperbuat melalui teknologi proses pembuatan yang berbeza.

Salah satunya merupakan varian AC yang menggunakan teknologi nod pembuatan N4P dari TSMC. Manakala satu lagi versi AB menggunakan teknologi proses pembuatan LPE 4nm dari Samsung Foundry.

Dijangkakan Samsung Foundry mampu memenuhi permintaan memandangkan syarikat berkenaan merupakan di antara pemain utama di dalam industri penghasilan cip. Melalui perkembangan ini, Samsung Galaxy S23 dijangka akan membawakan pembaharuan yang amat menarik untuk dinantikan.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.