Utama Mobile Aplikasi WhatsApp Companion Mode benarkan anda gunakan 1 Nombor untuk 2 Telefon

WhatsApp Companion Mode benarkan anda gunakan 1 Nombor untuk 2 Telefon

326
0

Sebelum ini WhatsApp dikatakan sedang merancang untuk menambah sokongan untuk peranti mudah alih kedua bagi ciri berbilang perantinya. Melalui binaan Android beta terkininya, WABetaInfo melaporkan ciri menghubungkan telefon pintar kedua ini dikenali sebagai Companion Mode.

Buat masa ini, ciri berbilang peranti ini membenarkan anda mendaftar masuk ke dalam empat peranti yang bukan mudah alih menggunakan akaun yang sama tanpa memerlukan sambungan ke telefon anda. Sokongan ini merangkumi aplikasi WhatsApp pada desktop, Facebook Portal, dan pelayar web. Bagi menambahbaik fungsi ini, Companion Mode akan menambah sokongan berbilang peranti untuk telefon pintar dan tablet Android.

Menurut laporan oleh WABetaInfo, fungsi yang dijangka akan ditambah ini memerlukan pengguna mengimbas kod QR dari telefon utama melalui telefon kedua anda untuk menghubungkannya. Jika telefon kedua anda sudah dilog masuk dengan akaun WhatsApp lain, ia akan dilog keluar secara automatik dan akan memadam kesemua data pada akaun sebelumnya pada peranti berkenaan. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya melakukan semua sandaran data ke awanan sebelum menggunakan fungsi ini.

Setakat ini, Companion Mode masih lagi di peringkat pembangunan dan tidak dapat dipastikan bilakah ia akan diperkenalkan kepada pengguna umum. Dalam pada masa yang sama, WhatsApp baru sahaja memperkenalkan fungsi memberikan reaksi emoji, had pemindahan fail sehingga 2GB dan Communities.

SUMBERWABetaInfo
Artikel sebelum iniRussia gunakan tenaga kerja Banduan untuk tampung kekosongan Pakar-Pakar IT
Artikel seterusnyaOPPO Find X5 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Mei ini
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.