Utama Teknologi Keselamatan Russia gunakan tenaga kerja Banduan untuk tampung kekosongan Pakar-Pakar IT

Russia gunakan tenaga kerja Banduan untuk tampung kekosongan Pakar-Pakar IT

380
0

Russia berdepan kesukaran untuk memenuhi kekosongan hampir 100,000 tenaga kerja di dalam sektor IT. Hal ini kerana pakar IT, dan pakar teknologi negara berkenaan berbondong-bondong berhijrah ke negara lain.

Bagi mengatasi masalah ini, Russia mengisi kekosongan tersebut dengan mengambil tenaga kerja para banduan dari penjara seluruh negara tersebut. Menurut Krebs on Security, Perkhidmatan Penjara Persekutuan Russia telah mengumumkan pada bulan lepas akan menggunakan khidmat pakar IT dari kalangan banduan. Kumpulan banduan tersebut akan bekerja di bawah undang-undang buruh paksa sebagai pekerja jarak jauh untuk syarikat-syarikat komersil Russia.

Persatuan Komunikasi Elektronik Russia menganggarkan sekitar 70,000 hingga 100,000 pakar-pakar IT telah meninggalkan Russia untuk berhijrah ke negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jerman, Georgia, Cyprus dan Kanada.

Tidak dapat dipastikan berapa ramai pakar-pakar IT yang sedang menjadi tahanan di dalam penjara di Russia, serta sejauh mana keupayaan mereka dengan perkembangan teknologi semasa.

SUMBERTechspot
Artikel sebelum iniVivo X80 dan X80 Pro dilancarkan secara rasminya di pasaran Malaysia
Artikel seterusnyaWhatsApp Companion Mode benarkan anda gunakan 1 Nombor untuk 2 Telefon
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.