Utama Android Oppo OPPO Find X5 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Mei ini

OPPO Find X5 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Mei ini

393
0

Februari lalu, OPPO secara rasminya telah memperkenalkan siri Find X5 yang menampilkan kamera yang dibangunkan secara bersama dengan pengeluar kamera terkemuka dari Sweden, Hasselblad. Kini, OPPO Find X5 Pro akan dilancarkan ke pasaran Malaysia pada minggu depan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di dalam laman Facebook rasmi OPPO, telefon pintar mercu baharu ini akan hadir pada 18 Mei 2022. Sebelum ini OPPO Malaysia telah menguar-uarkan kehadiran telefon pintar ini menerusi pelbagai saluran media sosial rasminya, serta di dalam laman jualan rasminya di Lazada.

Selain dari OPPO Find X5 Pro, earbud nirwayar sebenar (TWS) OPPO ENco X2 turut disenaraikan di dalam laman rasmi OPPO di Lazada. Earbud ini juga diperkenalkan bersama-sama siri Find X5 pada Februari lalu.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama tablet OPPO Pad akan diperkenalkan bersama-sama di pasaran Malaysia pada tarikh berkenaan sungguhpun ia diperkenalkan bersama-sama sebelum ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.