Utama PRNewswire WEPACK ASEAN, Pameran Pembungkusan dan Penukaran Terbesar Asia Tenggara, akan datang ke...

WEPACK ASEAN, Pameran Pembungkusan dan Penukaran Terbesar Asia Tenggara, akan datang ke Malaysia

197
0
WEPACK ASEAN, Pameran Pembungkusan dan Penukaran Terbesar Asia Tenggara, akan datang ke Malaysia
KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 November 2023 /PRNewswire/ — WEPACK ASEAN 2023, dianjurkan oleh Reed Exhibitions (RX), bakal diadakan di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia mulai 22-24 November 2023.

WEPACK ASEAN 2023, pameran perdagangan antarabangsa oleh WEPACK yang membawakan bahagian-bahagian bertema termasuk CORRUGATED ASEAN 2023, FOLDINGCARTON ASEAN 2023, DPRINT ASEAN 2023 dan PAPER ASEAN 2023, bermatlamat untuk memanfaatkan kelebihan kerjasama antarabangsa RCEP. Melalui pameran, forum dan demonstrasi di reruai, peserta dapat mewujudkan saluran kolaborasi yang erat dengan persatuan industri kebangsaan utama Asia Tenggara dan pengeluar pembungkusan. Persediaan ini direka bentuk untuk membina jaringan pembeli antarabangsa di Asia Tenggara, merangsang kevitalan pasaran dan menggalakkan kerjasama perniagaan.

WEPACK ASEAN, Pameran Pembungkusan dan Penukaran Terbesar Asia Tenggara, akan datang ke Malaysia

Peserta pameran utama memimpin jalan dalam membentuk masa depan industri pembungkusan

Lebih daripada 200 pembekal daripada industri pembungkusan, termasuk FOSBER ASIA, WONDER, HSIEH HSU, WANLIAN, XIEHELONG, FULI, SANSIN dan pengusaha-pengusahan premium yang lain akan mengambil bahagian dalam acara ini. Dengan keluasan pameran berukuran 10,000 meter persegi, pameran ini dijangka menarik minat 4,000 pembeli profesional dan pihak berkepentingan industri yang lain dari Asia Tenggara dan seluruh dunia. Pameran ini akan mengukuhkan kedudukannya sebagai acara industri pembungkusan yang terbesar di Asia Tenggara.

Pemimpin-pemimpin industri bertemu untuk membincangkan trend pembungkusan baru muncul

Di samping acara utama, pelbagai forum antarabangsa akan berlangsung, menampilkan topik-topik seperti “Trend Masa Depan dalam Pembuatan Pintar Bod Ombak”, “Trend Masa Depan dalam Karton dan Pencetakan Digital”, “Pengeluaran Pintar Kadbod dan Karton” dan “Persidangan Pertukaran Malaysia bagi Visi Mesin CMVU Mengupayakan Kilang Automatik”. Forum-forum ini akan menyelami tentang teknologi dan pembangunan terkini dalam sektor karton, kotak berwarna dan pembungkusan lebih luas. Mereka akan mengetengahkan kes-kes yang berjaya dari Asia dan serata dunia serta membincangkan kemajuan dalam aplikasi dan penyelesaian visi mesin untuk kilang automatik. Direka bentuk untuk memudahkan pertukaran ilmu dalam rantaian bekalan industri pembungkusan, acara ini bertujuan untuk membina rantaian nilai yang bermanfaat secara global dan memupuk sinergi dalam seluruh sektor pembungkusan antarabangsa.

Dalam tempoh yang jelas terlihat melalui peralihan pasaran global, RX bersedia untuk membawakan pameran yang berjanji untuk menjadi pengaruh besar ke atas industri pembungkusan Asia Tenggara. Acara ini dihasratkan menjadi platform penting untuk bertukar-tukar ilmu pengetahuan industri dan mengupayakan aktiviti-aktiviti perdagangan, lalu meningkatkan pertumbuhan dengan ketara bagi perniagaan berkaitan logistik dan pembungkusan komoditi rantau ini.

 

SOURCE RX (China) Investment Co., Ltd.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.