Utama Android Samsung Kini wajah anda berpeluang muncul di Papan Iklan Samsung!

Kini wajah anda berpeluang muncul di Papan Iklan Samsung!

172
0

Pernah terbayangkan bagaimana wajah anda di dunia yang lain? Kini anda boleh mencubanya menerusi kuasa Galaxy AI untuk melihat dari perspektif yang berbeza. Sama ada dengan gaya seni kegemaran anda atau ingin kelihatan seperti watak kartun kesukaan, anda boleh mengubah mengikut citarasa sendiri untuk menunjukkan diri anda kepada dunia di dalam gambar anda.

Bermula dari 31 Julai 2024 sehingga 30 Ogos 2024, anda yang ingin menyerlahkan personaliti menerusi pelbagai medium dan warna boleh menyertai The Made with Portrait Studio Campaign.

  1. Kunjungi Samsung Experience Store (SES)
  2.  Tangkap gambar Portrait dengan Galaxy Z Flip 6 atau Galaxy Z Fold 6 dan janakan gambar studio potret dengan ciri Portrait Studio.
  3. Hantarkan Potrait anda ke Facebook, Instagram, X (dahulu dikenali sebagai Twitter) atau Tik Tok dan pastikan profil anda boleh dilihat umum.
  4. Tag @SamsungMalaysia dengan tanda pagar #MadewithPortraitStudio & #GalaxyAI di kapsyen anda.

50 gambar Portrait Studio akan dipilih pada setiap minggu sepanjang tempoh kempen ini. Peserta yang terpilih akan menerima notifikasi melalui mesej terus dari Samsung dan akan dipaparkan pada papan-papan iklan Samsung di sekitar bandar-bandar utama di Malaysia.

Jadi kunjungi Samsung Experience Store berhampiran anda dan hasilkan Portrait Studio Picture anda hari ini!

Maklumat lanjut mengenai siri Galaxy Z, layari:

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.