Utama Telco TM Vandalisme Kabel Fiber, punca gangguan perkhidmatan internet Unifi, Streamyx, di Utara Semenanjung

Vandalisme Kabel Fiber, punca gangguan perkhidmatan internet Unifi, Streamyx, di Utara Semenanjung

753
0

Pengguna-pengguna di wilayah utara Semenanjung Malaysia termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dilaporkan mengalami masalah kemerosotan kelajuan sambungan Unifi dan Streamyx sejak petang semalam.

Pihak TM telah memaklumkan gangguan perkhidmatan ini disebabkan oleh kegiatan vandalisme pada kabel-kabel gentian di sekitar Tanjung Malim, Perak.

Sebilangan pengguna telah mengadukan berkenaan masalah ini di beberapa platform media sosial. Pihak TM juga telah memaklumkan situasi berkenaan yang melibatkan kecurian kabel di sekitar 38km dari nod Sitiawan. Beberapa sambungan di antara Tanjung Malim dan Tapah turut dilaporkan mengalami masalah sambungan.

Kerja pembaikan dilaporkan telah selesai sekitar jam 12 tengah malam tadi dan perkhidmatan internet pengguna kembali pulih secara berperingkat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.