Utama Mobile iOS Keuntungan Apple juga boleh kurang hingga 30 Peratus disebabkan Sekatan Perdagangan A.S.

Keuntungan Apple juga boleh kurang hingga 30 Peratus disebabkan Sekatan Perdagangan A.S.

842
0

Sejak Amerika Syarikat mengeluarkan perintah sekatan perdagangan Khamis lalu, Huawei sentiasa berdepan dengan pelbagai kesan negatif darinya. Jika perkara ini berterusan, kesannya bukan sekadar dialami oleh Huawei sahaja dan malah boleh memberi kesan negatif terhadap pihak lain juga, termasuk Apple.

Menurut satu kenyataan oleh penganalisis Goldman Sachs kepada pelanggannya, terdapat kemungkinan sekatan perdagangan yang sedang berlaku di antara Amerika Syarikat dan China berpotensi mewujudkan situasi saling bertindak balas antara kedua-dua pihak. Lebih buruk lagi, China mungkin mengharamkan terus produk-produk Apple di pasarannya.

Sekiranya keadaan ini berlaku, kemungkinan Apple akan kehilangan kira-kira 30 peratus dari jumlah pendapatan bersihnya. Bersamaan $15 bilion (~ RM62.8 bilion) dari unjuran keuntungan semasa Apple. Faktor ini belum diambil kira dari faktor-faktor lain seperti injunksi dan perintah undang-undang yang sudah berkuatkuasa di Tanah Besar China.

Sebelum itu, perkara paling penting yang perlu diambil kira adalah kebanyakan kilang pembuatan Apple iPhone di sekitar wilayah Guandong China. Khususnya, di dalam Bandaraya Shenzhen. Jika arahan pengharaman tersebut dilaksanakan – dengan kadar segera – Apple pastinya pening kepala mencari lokasi alternatif bagi mewujudkan kilang-kilang pembuatannya.

Sumber berita diperoleh dari Techspot

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.