Utama Mobile Android Redmi 7A diumumkan; hadir dengan Snapdragon 439, bateri 4000mAh & rintangan percikan...

Redmi 7A diumumkan; hadir dengan Snapdragon 439, bateri 4000mAh & rintangan percikan air P2i

944
0

Sub-jenama Xiaomi, Redmi baru-baru ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar model baru. Kali ini, memfokuskan pada peringkat bajet menerusi Redmi 7A. Didatangkan dengan kerangka polikarbonat, telefon pintar ini turut mempunyai rintangan percikan air P2i yang sama seperti telefon pintar Redmi lain yang dilancarkan pada tahun ini.

Telefon pintar bajet ini juga menawarkan panel paparan LCD IPS 5.45-inci beresolusi 720 x 1440 piksel dan nisbah aspek 18: 9. Ia menggunakan cipset Snapdragon 439 Qualcomm berkelajuan 1.95 GHz bersama-sama GPU Adreno 505. Redmi 7A hadir dalam dua konfigurasi memori dan storan iaitu 2GB + 16GB dan 3GB + 32GB. Untuk penambahanan ruang storan, telefon pintar ini turut menyediakan slot kad mikroSD.

Beralih ke kameranya, Redmi 7A dilengkapkan dengan kamera tunggal 13MP tunggal di bahagian belakang yang menyokong fungsi pengesan suasana secara AI. Di depannya menempatkan sebuah kamera 5-megapixel dengan fungsi pengindahan wajah secara AI dan menyahkunci peranti melalui pengecaman wajah. Kuasa telefon pintar ini dijanakan oleh bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan 10W. Untuk sistem operasinya, Redmi 7A menggunakan MIUI 10 yang berasaskan Android 9.0 Pie..

Redmi 7A akan didatangkan dalam dua pilihan warna: Hitam dan Biru. Butiran harga dan ketersediaannya di pasaran masih lagi belum diumumkan. Pihak Redmi menyatakan butiran ini akan diumumkan pada 28 Mei ini bersempena majlis pelancaran Redmi K20.

Sumber berita diperoleh dari FoneArena

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.