Utama Teknologi GovTech Ulasan Pasca-Belanjawan 2025: Palo Alto Networks

Ulasan Pasca-Belanjawan 2025: Palo Alto Networks

243
0

Seperti yang telah dibentangkan di dalam Belanjawan 2025 yang bertemakan “Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”, Palo Alto Networks menyokong sepenuhnya komitmen berterusan kerajaan dalam mengukuhkan lanskap inovasi digital yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi berasaskan teknologi. Penekanan terhadap penggunaan automasi, kecerdasan buatan, dan pembelajaran mesin merentasi sektor-sektor adalah selaras dengan keperluan landskap digital Malaysia yang semakin berkembang.

Peruntukan kerajaan untuk memperkuat peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dengan belanjawan sebanyak 20 juta ringgit, bersama dengan komitmen untuk memperkukuh keselamatan siber negara dan pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024, menunjukkan dedikasi mereka terhadap transformasi digital. Agensi Keselamatan Siber Nasional (NACSA) akan menerima tambahan 100 kakitangan dan peruntukan tambahan sebanyak 10 juta ringgit, yang menekankan usaha untuk memprioritaskan langkah-langkah keselamatan siber yang kukuh bagi melindungi aset digital negara dan mengekalkan daya tariknya sebagai destinasi pelaburan bertaraf dunia.

Selain itu, Universiti Putra Malaysia akan menubuhkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia dengan kerjasama NACSA, yang memberi tumpuan kepada kemajuan dalam pengkomputeran kuantum untuk menangani ancaman keselamatan siber yang semakin kompleks.

Pelaburan dalam strategi keselamatan siber yang komprehensif adalah penting ketika Malaysia berusaha untuk meningkatkan kedudukan daya saing globalnya dan memperkukuh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Peruntukan bajet ini akan membolehkan asas kepada pendidikan keselamatan siber dapat dibina, pembangunan bakat, pelaksanaan program sokongan untuk PMKS, serta integrasi elemen keselamatan dalam projek infrastruktur digital secara keseluruhan.

Fokus kepada transformasi sektor awam melalui pendigitalan adalah pendekatan yang wajar dipuji, terutamanya dalam memenuhi keperluan keselamatan siber yang kukuh dalam perkhidmatan kerajaan digital. Ini akan menjadi kunci untuk melindungi data rakyat, mengekalkan kepercayaan awam, dan mewujudkan ekosistem digital yang berdaya tahan.  Dengan negara meluluskan pelaburan digital sehingga RM66.22 bilion pada separuh pertama 2024, mengutamakan keselamatan siber adalah penting untuk memastikan masa depan kita.

Sarene Lee, Pengurus Negara Malaysia di Palo Alto Networks, berkata, “Keselamatan siber adalah pemangkin asas Malaysia bergerak ke arah pendigitalan yang cemerlang, memastikan industri kita disokong dengan keselamatan yang utuh dalam setiap lapisan infrastruktur agar kita kekal dilindungi. Ekosistem digital yang selamat bukan sahaja akan melindungi pertumbuhan ekonomi negara tetapi juga selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2030, sekali gus menginspirasi keyakinan dalam kalangan pelabur dan rakyat.”

Palo Alto Networks kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan sektor swasta bagi menyokong masa depan digital yang selamat. Dengan mengutamakan keselamatan siber seiring dengan kemajuan digital, Malaysia boleh mencapai pertumbuhan mampan dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua rakyatnya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.