HONOR secara rasminya telah melancarkan HONOR Win Turbo di China. Telefon pintar tersebut menekankan daya tahan bateri ekstrem dengan bentuk badan senipis hanya 7.98mm.
Ia juga merupakan telefon pintar arus perdana pertama yang membekalkan bateri 10,000mAh dalam reka bentuk seberat 216g sahaja.
Spesifikasi Utama HONOR Win Turbo

| Ciri | Spesifikasi |
|---|---|
| Pemproses | MediaTek Dimensity 8500 Racing Edition 4nm (hingga 3.4GHz) |
| Paparan | 6.79″ 1.5K (2640×1200) 120Hz AMOLED, HDR10+, sehingga 8000 nits puncak |
| RAM + Storan | 12GB/16GB LPDDR5X + 256GB/512GB UFS 4.1 |
| Bateri | 10,000mAh “Qinghai Lake” silikon-karbon anod, 80W SuperCharge |
| Kamera Belakang | 50MP utama (OIS, f/1.88) + 5MP ultra-lebar |
| Kamera Depan | 16MP (f/2.45) |
| Ketahanan | IP68 + IP69 + IP69K (tahan air, habuk, semburan tekanan tinggi) |
| Sistem Operasi | Magic UI 10.0 berasaskan Android 16 |
| Warna | Hitam, Putih, Biru |
Prestasi dan Daya Tahan
HONOR Win Turbo dikuasakan oleh Dimensity 8500 Racing Edition. Pemprosesan yang direka khas untuk prestasi berpanjangan dan kecekapan permua.
Cipset ini menggunakan proses 4nm dan GPU Arm Mali-G720 MC8 yang memfokuskan pada keseimbangan antara prestasi dan penjimatan kuasa.
Bateri 10,000mAh menggunakan teknologi silikon-karbon anod yang membolehkan kapasiti tinggi dalam ruang padat. HONOR mendakwa bateri ini boleh menyokong permainan selama 14 jam tanpa henti. Pengecasan pantas 80W membolehkan bateri dicas dari 0 hingga 100% dalam kira-kira 90 minit.
Telefon pintar HONOR baharu ini juga mempunyai tiga pensijilan IP iaitu IP68, IP69 dan IP69K. Menjadikannya salah satu telefon pintar paling tahan lasak di kelasnya dengan IP69K membolehkannya menahan semburan air suhu tinggi dan tekanan tinggi.
HONOR Win Turbo dijual dalam tiga konfigurasi di China iaitu
- HONOR Win Turbo 12GB + 256GB – 3,299 yuan (~RM2,280)
- HONOR Win Turbo 12GB + 512GB – 3,599 yuan (~RM2,490)
- HONOR Win Turbo 16GB + 512GB – 4,199 yuan (~RM2,910)
Buat masa ini, HONOR Win Turbo hanya tersedia di China, dan tiada pengumuman mengenai pelancaran antarabangsa atau Malaysia pada masa ini.













