Utama Mobile iOS U Mobile buka Pra-Tempahan bagi iPhone X

U Mobile buka Pra-Tempahan bagi iPhone X

1487
0

Syarikat telco dengan warna tema oren, U Mobile kini turut menawarkan pra-tempahan bagi iPhone X. Sama seperti penawaran iPhone 8, U Mobile menawarkan hanya dua pilihan pascabayar untuk iPhone X bersama-sama tempoh kontrak selama 24-bulan.

Secara ringkasnya, iPhone X ditawarkan pada harga RM5,149 untuk pilihan storan 64GB dan RM5,899 untuk storan yang lebih besar, 256GB.

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]

iPhone X 64GB
Postpaid i90 (RM90/bulan) – RM3,825
Postpaid i130 (RM130/bulan) – RM3,465

iPhone X 256GB
Postpaid i90 (RM90/bulan) – RM4,485
Postpaid i130 (RM130/bulan) – RM4,125

[/box]

Sewaktu mendaftar, pelanggan dikehendaki membayar RM600 untuk pakej pelan i90 dan RM960 untuk pelan i130 sebagai wang pendahuluan. Ianya akan dipulangkan semula sebagai rebat bulanan sepanjang tempoh 24 bulan kontrak. Berikut adalah perincian untuk pelan Pascabayar i90 dan i130;

iPhone X kini dibuka untuk pra-tempahan dan ianya akan hadir secara rasmi bermula Jumaat minggu depan, 24 November 2017. Bagi anda yang berminat, layari laman iPhone X U Mobile untuk menempah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.